Audi Q8 - pesaing terbaru di dalam segmen SUV Coupe mewah

oleh Mohamad Hanif|
Sudah lebih 10 tahun sejak BMW memperkenalkan X6, akhirnya Audi melancarkan SUVnya Audi Q8 bagi bersaing di dalam segmen SUV coupe mewah tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Audi, Q8 menggabungkan dua elemen "coupe lima pintu yang elegan" dan "SUV yang serba boleh" di dalam satu pakej yang menarik. 

Dengan panjang wheelbase yang hampir mencecah 3 meter, Q8 menawarkan saiz kabin yang lebih besar berbanding pesaing di dalam segmennya, BMW X6 dan Mercedes-Benz GLE-coupe.
 


SUV Q8 ini menggunakan nadi enjin bentangan V6 diesel 3.0 liter menghasilkan 286 kuasa kuda dan 600 Nm daya kilas yang disalurkan kepada empat roda (Audi Quattro System) melalui transmisi automatik tiptronik lapan kelajuan. 

Q8 juga turut dilengkapkan dengan sistem mild-hibrid 40 volt yang membolehkan SUV ini bergerak sehngga 160 km/j tanpa menggunakan sebarang bahan api dan meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak 0.7 liter per 100 km. 

Varian enjin yang lain seperti 3.0 TDI dan 3.0 TFSI petrol 340 kuasa kuda bakal menyertai rangkaian penjualan Audi Q8 bermula tahun 2019. 
 


Dari segi luaran, Q8 menampilkan bahasa rekaan terbaharu Audi, rekaan rangka tunggal gril hadapan, lampu utama LED matrix, garisan bumbung yang direndahkan, lampu belakang LED dan spoiler yang begitu bergaya. 

Dua buah skrin sentuh menghiasi ruang dalaman kabin Audi Q8 ini dan sebuah lagi diletakkan di hadapan pemandu bagi memaparkan informasi yang penting selain daripada kawalan sistem hiburan dan fungsi kawalan suhu kabin. 

Audi Q8 bakal memasuki pasaran Jerman dan negara Eropah yang lain bermula suku ketiga tahun ini manakala pasaran US akan menerima Q8 seawal 2019. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia sekaligus merangkap tahun di mana Audi memperkenalkan kenderaan model terakhir yang bakal…
Berita Global
SUV, SUV dan SUV.  Entah kenapa, trend pemilikan kini beralih arah kepada SUV (termasuklah…
Pelancaran
Dibangunkan menggunakan platform yang serupa bersama Audi Q7, Audi Malaysia membawakan kepada anda…