Audi Q5 sport 2.0 TFSI quattro dilancarkan - harga bermula dari RM340 ribu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah lagi SUV segmen kompak mewah yang diperkenalkan oleh Audi di dalam siri Q mereka ialah Audi Q5 generasi kedua dengan penawaran varian tunggal sport 2.0 TFSI quattro.

Enjin bersesaran 1,984 cc berkuasa turbo ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 252 hp dan daya kilas 370 Nm (1,600-4,500 rpm) yang dipadankan dengan transmisi S tronic tujuh nisbah kelajuan. 
 


Ciri pacuan empat roda quattro ini turut didatangkan dengan kawalan tork dan ciri dinamik di mana sistem akan menghentikan saluran kuasa kepada gandar belakang sekiranya keadaan tidak diperlukan - penggunaan bahan api yang lebih cekap iaitu 7.4 liter/100 km.

Casis Q5 ini didatangkan dengan kawalan penyerap hentak sebagai ciri standard ini memberikan maklum balas pemanduan yang meluas, semuanya menerusi tetapan Audi Drive Select. 

Terdapat tujuh mod pemanduan yang tersedia termasuklah dua mod baharu iaitu Lift/Offroad dan Allroad menujukkan kadar ketersediaan Audi Q5 untuk digunakan tidak kira apa jua keadaan jalan menanti. 

 


Memasuki ruang kabin, pemandu akan disambut dengan kokpit virtual Audi dengan skrin paparan sebesar 12.3 inci di mana mereka boleh memilih dua jenis paparan konvensional ataupun mod peta navigasi. 

Ciri head up display (HUD) juga turut tersedia bagi memudahkan pemandu melihat info penting tanpa perlu mengalihkan tumpuan pemanduan dengan lebih kerap. 

MMI Navigation Plus didatangkan dengan skrin paparan 8.9 inci serta pelantar sentuh (touch pad) yang memberikan operasi yang serupa seperti telefon pintar selain menawarkan ciri carian pintar menerusi kawalan suara dan tanpa input huruf. 
 


Audi Q5 menawarkan tempat duduk untuk lima orang dewasa dengan selesa selain ruang kargo sebesar 610 liter (10 liter lebih luas berbanding model lama) yang boleh dinaiktaraf kepada 1,550 liter dibantu oleh ciri pintu berkuasa dan kawalan sensor.

Audi Q5 didatangkan dengan lapan warna menarik dan ditawarkan pada harga RM339,900 (atas jalan tanpa insurans) serta jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.