Audi Q4 e-tron, Q4 Sportback e-tron dilancarkan - beri cabaran kepada Mustang Mach-E, Tesla Model Y

oleh Mohamad Hanif|
Audi merupakan antara pengeluar automotif yang giat melancarkan pelbagai model-model berkuasa elektrik dibawah subjenama e-tron, dan ia kini disertai oleh dua buah model crossover kompak, iaitu Audi Q4 e-tron dan kembar coupenya, Audi Q4 Sportback e-tron.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model kompak ini bakal menjadi pesaing terus kepada model-model crossover EV seperti Mustang Mach-E, Tesla Model Y dan Volkswagen ID.4.

Audi menawarkan dua konfigurasi motor elektrik dan pek bateri dengan penawaran varian seperti berikut:

 


Q4 35 e-tron
-motor elektrik tunggal (168 hp/310 Nm)
-pacuan roda belakang
-0-96 km/j dalam 9.0 saat
-pek bateri 52 kWh
-jarak operasi 341 km (349 km untuk model Sportback)
-keupayaan menunda 1,000 kg

Q4 40 e-tron
-motor elektrik tunggal (201 hp/310 Nm)
-pacuan roda belakang
-0-96 km/j dalam 8.5 saat
-pek bateri 77.0 kWh
-jarak operasi sejauh 520 km
-keupayaan menunda 1,000 kg


Q4 50 e-tron
-motor elektrik berkembar (295 hp/460 Nm)
-pacuan semua roda
-0-96 km/j dalam 6.2 saat
-pek bateri 77 kWh
-jarak operasi 488 km (497 km untuk model Sportback)
-keupayaan menunda 1,203 kg

 


Dari segi rekaan, Audi Q4 e-tron membawakan beberapa rujukan daripada model e-tron yang lebih besar, seperti gril hadapan palsu berbentuk heksagon, lampu hadapan matrix LED, serta bar lampu LED yang melintangi penuh bahagian belakang.

Namun, ia kemudian dibezakan dengan rekaan garis bumbung coupe pada model Q4 Sportback e-tron berbanding bentuk tradisional yang terdapat pada model Q4 e-tron.

Walaupun diklasifikasikan sebagai SUV kompak, saiz kedua-dua SUV ini agak kecil, dengan jarak antara roda sepanjang 2,769 mm, lebar 1,565 mm dan dimensi sepanjang 4,602 mm, menjadikan Audi Q4 e-tron ini lebih kecil berbanding pesaingnya (Tesla dan Mustang).

 


Pun begitu, jurutera Audi berusaha untuk memaksimumkan penggunaan ruang sedia ada, di mana ruang kargo kini bertambah kepada 521 liter dan boleh dibesarkan kepada 1,489 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat rata.

Manakala model Sportback pula menawarkan ruang sebesar 535 liter dan dengan melipat tempat duduk baris kedua, ruang akan menjadi sebesar 1,461 liter.

Memasuki ruang kabin pula, Audi menawarkan dua jenis pilihan upholsteri sama ada kulit artifisial atau kulit Nappa, dan boleh digandingkan dengan trim kayu, plastik, atau trim Dinamica yang diperbuat daripada 45 peratus bahan kitar semula.

 


Secara standard, kedua-dua Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron dilengkapi dengan skrin infotainmen MMI bersaiz 10.1 inci, serta skrin kluster instrumen digital, manakala opsyen pula merangkumi skrin yang lebih besar (11.6 inci) MMI Plus dengan sambungan tanpa wayar Android Auto dan Apple CarPlay, digandingkan dengan sistem bunyi opsyen Sonos 850 watt.

Selain daripada itu, terdapat juga bantuan suara yang boleh diaktifkan menggunakan kata sapaan 'Hey Audi' serta paparan head-up jenis realiti terimbuh yang unik.

 


Audi Q4 e-tron dan kembarnya Sportback e-tron akan mula dijual di Jerman pada musim panas ini dengan harga jualan dari €41,900 (RM206,874).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…