Audi Q2 kini di Malaysia - harga kompetitif dari RM219,900 atas jalan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam usaha untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada para pembeli, Audi telah menambah model Q2 serba baharu ke dalam barisan penawaran SUV siri Q mereka. 

SUV kompak terbaharu Q2 itu lebih disasarkan kepada kegunaan pemanduan seharian dan riadah, menampilkan rekaan yang progresif sesuai dengan kepelbagaian fungsinya. 
 


Imej tegap SUV ini disumbangkan oleh pemakaian gril bingkai tunggal di hadapan berbentuk oktagon memberikan bukaan udara yang lebih luas, manakala garis bumbung yang rendah juga turut memberikan penggayaan yang sporty. 

Walaupun ia sebuah SUV bersaiz kecil, ia masih mampu memuatkan lima orang penumpang dengan mudah dan menawarkan ruang kargo berkapasiti 405 liter yang boleh diperbesarkan kepada 1,050 liter sekiranya kerusi belakang dilipat. 
 


Penggunaan warna kontras merah di bahagian dalaman menyerlahkan lagi imej sporty SUV Q2 ini, manakala pencahayaan LED (dengan 10 tetapan) mampu menyerikan ruang kabin terutama ketika pada waktu malam.

Kemasan tempat duduk juga ditawarkan daripada fabrik sehinggalah kepada pemilihan kulit Nappa.  
 


Dari segi penawaran kuasa, Audi Q2 dibekalkan enjin 1.4 liter TFSI empat silinder sebaris menghasilkan 150 kuasa kuda dan 250 Nm daya kilas yang masuk pada julat putaran enjin 1,500-3,500 rpm. 

Kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi klac berkembar S Tronic tujuh nisbah kelajuan dengan nisbah gear yang lebih luas dan terdapat lima mod pemanduan yang boleh dipilih: Auto, Comfort, Dynamic, Efficiency dan Individual. 
 


Ia juga didatangkan dengan ciri COD (Cylinder on Demand) yang akan menyahaktif silinder kedua dan ketiga memberikan bacaan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan. 

Audi Q2 didatangkan dengan enam buah beg udara, sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), bantuan mula mendaki, cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak, cermin pandang belakang nirbingkai dengan fungsi auto-kelam serta lampu nyalaan siang jenis LED sepenuhnya. 
 


Audi Malaysia turut menawarkan pakej Audi Genuine Accessories terdiri daripada penambahan alatan bertemakan gentian karbon, pakej penggayaan offroad serta rekaan pelekat yang boleh dipasang terus daripada kilang. 

Harga di atas jalan pula bermula dari RM219,900 (atas jalan tanpa insurans), menjadikannya harga yang paling kompetitif jika dibandingkan dengan pesaing di dalam kelas SUV mewah subkompak segmen B. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…