Laporan daripada laman Autoblog menyebut, kesemua unit yang terjejas merupakan unit yang sama tertakluk pada kempen pembaikan suspensi belakang yang terdahulu, di mana gandar belakang yang tidak dijajarkan semula selepas penggantian komponen suspensi akan mengakibatkan kehausan tayar pra-matang dan tidak sekata dan memungkinkan pengurangan daya cengkaman ke atas jalan raya.
Menurut Audi lagi, setiap kenderaan yang terjejas akan diperiksa semula penjajaran gandar belakang dan akan dibetulkan kembali menerusi kempen recall yang terbaharu.
Malah, Audi juga akan menggantikan tayar yang terjejas teruk akibat masalah penjajaran gandar belakang yang dialami itu tadi.
Kempen terbaharu ini merangkumi kebanyakan model Audi seperti A5 Sportback, RS5 Coupe, RS5 Sportback, S5 Sportback, A4 Allroad, A4 Sedan, A5 Cabriolet, A5 Coupe, A6 Allroad, A6 Sedan, A7, A8, Q5, S4 Sedan, S5 Coupe, S5 Cabriolet, S6 Sedan, S7, S8, SQ5, Q5 Sportback, Q7, Q8, RS6 Avant, RS7, RSQ8, SQ5 Sportback, SQ7, dan SQ8.
Sementara di pihak Porsche, hanya model Cayenne 2020-2021 sahaja yang terlibat di dalam kempen terbaharu ini.
Sumber: Autoblog