Program kesetiaan itu menawarkan tiga baucar servis dengan 10 peratus diskaun untuk pemilik Audi yang terpakai dalam tempoh tiga tahun selepas tahun kelima perkhidmatan.
Selain itu, PHSAM turut menawarkan bantuan tepi jalan percuma sehingga 12 bulan dari tarikh penebusan baucar tersebut.
Dengan Audi Plus, pemilik dapat memiliki ketenangan fikiran apabila setiap alat ganti yang diguna untuk kereta mereka adalah tulen dan berkualiti dari Audi.
Dengan penggunaan alat ganti tulen dan kerja yang dilakukan oleh mekanik terlatih, setiap kereta yang diservis dapat menjamin keselesaan dan keselamatan pemilik.
Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter berkata , “Pemilik boleh mengharapkan perkhidmatan yang komprehensif dan lancar di Pusat Servis kami melalui program ini, kerana juruteknik kami telah menjalani latihan, penilaian, dan pensijilan oleh Audi."
"Selain kepakaran yang tepat, mereka juga dilengkapi dengan alat dan kelengkapan untuk memeriksa dan menyelenggara kenderaan mengikut garis panduan pengilang.”
Langganan program itu juga boleh dilakukan di mana-mana pengedar Audi terdekat, sila layari laman web Audi Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.