Audi pilih Sauber untuk F1, buat enjin sendiri, berlumba pada 2026!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Audi Formula 1
Audi Formula 1
Menyertai perlumbaan Formula Satu (F1) dan berjaya bukan sekadar mempunyai duit. Situasi itu boleh dilihat pada sejarah kejuaraan F1.

Satu daripada faktor ialah pemilihan pasukan dan pakej jentera.

Pada tahun 2026, ada sebuah lagi jenama kereta dari Jerman yang akan menyertai F1, tidak lain dan tidak bukan adalah Audi.

Soalnya sekarang, dari mana Audi mendapatkan sumber manusia berpengalaman, kereta dan unit kuasa (PU)?
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023
Audi Formula 1

 

Jawapannya baru sahaja diumumkan dan Audi memilih Sauber sebagai rakan strategik dan merancang untuk membeli pegangan di dalam Kumpulan Sauber.

Perkongsian tersebut bakal menyaksikan pasukan lumba dari Sweden itu bersaing sebagai pasukan pengeluar Audi bermula pada tahun 2026.

Ini bukan kali pertama untuk Sauber yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Mercedes-Benz dan BMW.

Sauber sekarang ini bersama Alfa Romeo yang dikuasakan PU Ferrari dan perjanjian akan tamat pada penghujung tahun 2023.

 

Audi Formula 1

 

Bagaimana pula dengan PU Audi? Ianya akan dibangunkan sendiri di Pusat Kompetensi Audi Motorsport di Neuburg an der Donau, Jerman.

Kereta pula akan dibangunkan dan dikeluarkan oleh Sauber di Hinwil, Switzerland.

Sauber juga akan bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan operasi perlumbaan.

Hubungan Audi dan Sauber juga bukan baharu dengan Audi Sport kerap menggunakan terowong angin Sauber untuk jentera Le Mans dan DTM.

 

Audi Formula 1

 

Pembangunan PU yang terdiri daripada motor elektrik, bateri, sistem kawalan dan enjin pembakaran dalaman sedang giat dijalankan di fasiliti khas Audi Formula Racing GmbH.

Ujian pertama PU yang dibangunkan mengikut peraturan F1 2026 dirancang untuk diadakan pada tahun 2025.

Peraturan musim 2026 bakal menyaksikan PU yang lebih efisien dan nisbah kuasa elektrik jauh lebih tinggi berbanding sekarang.

Enjin 1.6 liter turbo perlu diisi minyak sintetik lestari dan neutral CO2 manakala rangkaian kuasa elektrik pula mempunyai output 400 kilowatt (544 hp).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Audi Formula 1

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan kemaskini terbaharu di Instagram Audi Jerman, unit terakhir Audi TT telah pun meluncur…
Berita Global
Pembelian saham bernilai 600 juta Euro akan selesai tahun hadapan, dan menurut Pengerusi AUO, Paul…
Berita Global
SAIC Volkswagen mempunyai lima kilang dan lebih sepuluh siri produk di China termasuk model…