Audi pertonton ciri Audi Virtual Mirror pada crossover elektrik E-Tron

oleh Mohamad Hanif|
Crossover elektrik daripada pengeluar kenderaan Audi, iaitu Audi E-Tron bukan sahaja menjadi kenderaan pertama berkuasa elektrik sepenuhnya untuk produksi massa daripada Audi, malah ia juga bakal menjadi kereta produksi pertama yang menampilkan ciri kamera sisi menggantikan cermin sisi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Digelar Audi Virtual Mirror, kamera sisi tersebut diletakkan pada posisi biasa cermin sisi dan imej yang terakam akan dipaparkan pada skrin sentuh yang terletak berdekatan dengan kawasan pemegang pintu. 

 

 

Selain daripada penampilan kamera sisi dan skrin sentuh yang menjadi elemen terbaharu pada rekaan Audi, pengeluar daripada Jerman itu turut mereka semula ruangan dalaman kabin yang lari daripada kebiasaan Audi. 

Terdapat dua skrin sentuh utama di bahagian papan pemuka yang mengawal hampir kesemua fungsi yang terdapat pada crossover elektrik tersebut serta ciri Audi Virtual Cockpit yang menggantikan khidmat meter analog. 
 


Sepertimana yang kita semua maklum, Audi E-Tron ini bakal dilengkapi dua motor elektrik berkuasa 429 kuasa kuda dan pek bateri 95 kWh yang mampu memberikan jarak pengoperasian sejauh 400 km mengikut piawaian WLTP. 

Kebanyakan pengeluar automotif sudah pun bermain dengan idea untuk menerapkan elemen kamera sisi pada kereta-kereta konsep mereka, namun sehingga kini tiada sebarang undang-undang telah digubal bagi membenarkan penggunaan peranti seumpama itu di atas jalan. 

Menurut Audi, penggunaan kamera sisi itu mampu mengurangkan drag coefficient (CoD) pada crossover elektrik itu sekaligus membantu meningkatkan lagi jarak pengoperasian sebenar Audi E-Tron. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kedua-dua model kompak ini bakal menjadi pesaing terus kepada model-model crossover EV seperti…
Berita Global
Ini kerana sebuah lagi jenama premium Jerman, Audi diberitakan bakal hadir dengan sebuah EV…
Berita Global
Skuter yang turut dinamakan sebagai E-Tron ini dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya, yang…