Audi menang tindakan undang-undang terhadap Nio atas nama model serupa

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Nama model bagi sesebuah jenama pengeluar kereta merupakan sesuatu yang amat penting untuk mencerminkan imej syarikat terhadap pelanggan.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan terutama sekali apabila ada pihak lain menggunakan sewenang-wenangnya.

Baru-baru ini, Audi telah berjaya memiliki keputusan memihak kepadanya dalam satu tindakan undang-undang terhadap Nio atas nama yang digunakan.

Mahkamah Munich telah memutuskan bahawa Nio ES6, ES7 dan ES8 terlalu serupa dengan model Audi S7, S7 dan S8.

 

2

 

Nio kini tidak dibenarkan untuk menggunakan nama-nama tersebut di pasaran Jerman, jika arahan tersebut diingkar, Nio bakal berdepan hukuman denda sebanyak USD271,532 (RM1,152,789).

Nio ES6 dan ES8 masih belum memasuki pasaran Jerman, manakala Nio ES7 yang dijual di Jerman kini menggunakan nama EL7.

Walaupun memiliki nama yang hampir serupa, Nio ES6, ES7 dan ES8 merupakan sebuah EV crossover, manakala Audi S7, S7 dan S8 pula sedan empat pintu.

Kes tindakan undang-undang terhadap Nio itu telah diambil pada tahun 2022, walaupun keputusan telah berpihak pada Audi, Nio dikatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dinamik Pemanduan Tahap Baru Sejak pengenalan pemisah tork (torque splitter) pada tahun 2021,…
Pelancaran
Menerusi kerjasama pelesenan rasmi, tiga model kerusi diperkenalkan khas untuk peminat Audi dan…
Berita Global
Kilang pemasangan kenderaan DRB-Hicom di Pekan, Pahang menjadi lokasi pertama di Asia Tenggara…