Audi masih 'berdegil' dengan enjin lima silinder sebaris

oleh Mohamad Hanif|
Audi mungkin salah sebuah pengeluar yang masih kekal mahu memproduksikan enjin lima silinder sebaris tatkala pengeluar lain sibuk memperkenalkan enjin bersesaran yang lebih kecil dan enjin hibrid.

Apatah lagi kekangan regulasi pelepasan emisi yang semakin ketat dilaksanakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun tidak bagi Audi. 

Menurut satu temu bual yang dijalankan oleh WhichCar, ketua unit Audi Sport, Oliver Hoffman berkata, enjin lima silinder sebaris masih lagi termasuk di dalam perancangan masa hadapan jenama tersebut, dan bakal memenuhi piawaian Euro 7 sedikit masa lagi.

"Ia sangat rumit, namun ia bukanlah sekadar soalan 'bagaimana rumitnya hal ini' kepada kami," ujar beliau. 

"Untuk standard Euro 7, kami sudah ada satu satu konsep yang sangat-sangat baik untuk diaplikasikan kepada enjin lima silinder ini," tambah beliau.

Enjin lima silinder sebaris merupakan salah satu poin jualan unik (USP) yang digunakan oleh Audi untuk melariskan penjualan model mereka. 
 


Malah, sesetengah pelanggan juga masih menanti-nantikan kehadiran enjin inline-five dan mengharapkan Audi tidak terikut-ikut trend semasa (menggunakan enjin empat silinder). 

Enjin konfigurasi inline-five ini adalah tradisi yang menjadi sebahagian daripada sejarah model berprestasi tinggi Audi, dimulakan dengan model Quattro yang menguasai sukan rali dunia. 

Sehingga kini, ia masih lagi digunakan pada model-model seperti RS3 Sportback, RS3 Sedan, dan juga TT RS. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…