Dari 1 Oktober hingga penghujung tahun 2024, model premium ini ditawarkan dengan penjimatan yang besar, dengan harga bermula dari RM378,990 untuk Audi e-tron.
Dengan teknologi canggih, keselesaan mewah dan prestasi luar biasa, ini adalah masa yang sesuai untuk melabur dalam Audi. Harga terperinci disenaraikan di bawah:
1.e-tron GT Dynamic Package - dari RM399,990
2.RS e-tron GT - dari RM499,990
3.Q8 e-tron 50 (Sportback) - dari RM384,990
4.Q8 e-tron 50 (SUV) - dari RM378,990
5.Q8 e-tron 55 (Sportback) - dari RM429,990
6.Q8 e-tron 55 (SUV) - dari RM419,990
7.Q5 Sportback S Line (ICE) - dari RM413,990
8.RS 3 Sedan - dari RM499,990
9.RS 4 Avant - dari RM699,990
10.RSQ8 S Line - dari RM1,400,000
1. Audi e-tron GT dengan Dynamic Package ialah karya agung mengabungkan reka bentuk dan prestasi yang menampilkan kuasa prestasi pada 476 PS, serta bateri 93 kWj bagi bergerak dengan julat jarak gerak sehingga 502 km.
Pakej ini termasuk roda aerodinamik 5 jejari hitam 20 inci dan lampu hadapan LED Matrix dengan lampu laser Audi dan lampu gabungan belakang LED untuk estetika dan fungsi yang dipertingkatkan.
2. Audi RS e-tron GT ialah aras tertinggi bagi sebuah EV prestasi, dengan kuasa output pada 646 PS (mod boost) dan 830 Nm tork yang mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 3.3 saat dan menawarkan jarak sehingga 496 km.
Ciri-ciri lain termasuk bumbung karbon dan aloi modul cekung lima jejari kembar hitam 21 hitam hitam.
3. Audi Q8 e-tron 50 (Sportback) menggabungkan keanggunan sebuah coupe dengan praktikaliti sebuah SUV.
Ia menawarkan kuasa output 340 PS, jarak gerak sehingga 594 km, dan tempoh pecutan 0-100 km/j selama 6.0 saat.
Model ini menampilkan suspensi udara adaptif dan dalaman yang mewah dengan upholsteri kulit.
5. Audi Q8 e-tron 55 (Sportback) menawarkan prestasi yang dipertingkatkan dengan 408 PS dan 664 Nm tork.
Ia mempunyai julat jarak gerak sehingga 594 km dan memecut dari 0-100 km/j dalam 5.6 saat.
Model ini menampilkan bateri voltan tinggi dengan kapasiti sehingga 114 kWj, dan cermin sisi maya termaju.
6. Audi Q8 e-tron 55 (SUV) menggabungkan prestasi mantap dengan kemewahan. Ia memberikan 408 PS, jarak gerak sehingga 594 km, dan masa pecutan dari 0-100 km/j selama 5.6 saat.
Di samping cermin sisi maya, SUV BEV ini turut didatangkan dengan suspensi udara adaptif dan dalaman premium.
7. Audi Q5 Sportback S Line menggabungkan prestasi berkuasa SUV dengan reka bentuk coupé yang anggun dinadikan dengan enjin quattro 2.0 TFSI dan memberikan pengalaman pemanduan dinamik dengan pacuan semua roda quattro.
Kemasan S Line menambah sentuhan sporty, termasuk lampu depan LED, roda aloi 20 inci dan ciri keselamatan amaran pelepasan lorong.
8. Audi RS 3 Sedan ialah kereta kompak berprestasi tinggi yang dikuasakan oleh enjin TFSI 2.5 liter, menghasilkan 400 PS dan 500 Nm tork.
Ia menawarkan pecutan dan pengendalian yang tepat, terima kasih kepada sistem pacuan semua roda quattro.
Elemen reka bentuk khusus RS dan teknologi canggih menjadikannya menonjol dalam kelasnya.
9. Audi RS 4 Avant menggabungkan prestasi tinggi kereta sport dengan praktikaliti kenderaan keluarga yang dinadikan dengan enjin 2.9 liter V6 TFSI yang menjana 450 PS dan 600 Nm tork.
RS 4 Avant menampilkan reka bentuk luaran yang muscular, tempat duduk sukan dengan kulit Nappa dan sistem infotainmen canggih, menjadikannya sesuai untuk keluarga yang progresif.
10. Audi RSQ8 S Line ialah coupé SUV paling berkuasa daripada Audi Sport, dengan enjin 4.0 liter V8 TFSI dengan 600 PS dan 800 Nm tork.
Ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.8 saat, dan menggabungkan prestasi luar biasa dengan reka bentuk yang berani, muscular, dimuatkan dengan elemen sporty, suspensi udara adaptif dan stereng semua roda untuk pengendalian yang unggul.
Semua model Audi ICE dan e-tron boleh dibeli dengan Pakej Jaminan Audi / Audi Assurance Package (AAP) yang memanjangkan tempoh jaminan kenderaan kepada 5 tahun, dengan penyelenggaraan berjadual percuma untuk 3 tahun pertama dan bantuan tepi jalan percuma untuk 5 tahun pertama.
Sistem bateri untuk model e-tron dilindungi oleh waranti berasingan selama 8 tahun atau 160,000 km. Seperti semua waranti, terma dan syarat dikenakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, lawati Pusat Audi terdekat atau www.audi.com.my untuk memanfaatkan penjimatan yang luar biasa ini dan merasai inovasi dan kemewahan barisan Audi.