Audi Malaysia Lancar Inisiatif Khidmat Pelanggan #ReadyToDrive

oleh Penyumbang Rencana 2|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan inisiatif #ReadyToDrive yang memberi fokus pada aspek keselamatan, kebolehpercayaan dan ketenangan minda buat para pemilik Audi. Ia merupakan inisiatif selepas jualan yang pertama oleh PHSAM selepas mewakili jenama Audi dari segi jualan, pemasaran dan selepas jualan di Malaysia bermula Julai 2022.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

“Kepuasan pelanggan amat penting kepada kami. Jadi, kami meningkatkan usaha terhadap semua aspek. Kami mahu memastikan Audi sentiasa berada dalam keadaan terbaik,” kata Pengarah Selepas Jualan PHSAM, Deenan Nadar.

Berdasarkan kepada laporan terkini daripada satu kaji selidik yang dijalankan setiap dua tahun oleh Audi, keselamatan kenderaan menjadi keutamaan paling penting buat pelanggan.

“Pemilik Audi boleh memanfaatkan pakej penjagaan pelanggan terkini kami yang direka untuk menawarkan keselamatan dan kebolehpercayaan. Dengan musim cuti sekolah dan perayaan, tidak ketinggalan musim tengkujuh yang diramal berlaku tidak lama lagi, kami mahu pelanggan menikmati perjalanan yang selamat.

“Ini akan menjadi masa puncak dengan jumlah kenderaan lebih banyak berada di atas jalan, pemanduan yang panjang dan mungkin berbahaya, di samping hujan lebat, banjir dan ribut petir yang tidak dijangka. Kami mahu memastikan semua pemilik Audi menempuhi perjalanan dengan minda yang tenang,” kata Deenan.
 

Audi


Untuk mengukuhkan kualiti perkhidmatan selepas jualan, juruteknik di semua Pusat Audi di seluruh negara telah menjalani proses penilaian dan peningkatan kemahiran secara berterusan demi menambah baik prestasi servis mereka.

Kempen #ReadyToDrive yang bermula pada 1 Oktober hingga 31 Disember 2022 akan menawarkan nilai luar biasa kepada pemilik Audi menerusi satu pakej komprehensif yang merangkumi:

  • · Pemeriksaan 30 poin kenderaan secara percuma untuk pemilik yang tidak mengunjungi Pusat Audi sejak 12 bulan lalu
  • · Perkhidmatan ambil dan serah secara percuma
  • · Penjimatan sebanyak 20% ke atas Servis Audi serta alat ganti lusuh Audi terpilih
  • · Penjimatan sebanyak 20% ke atas bateri Audi

Pusat-pusat Audi juga menawarkan kemudahan dan keselesaan ketika berada di lounge pelanggan yang dilengkapi wifi percuma. Pusat-pusat itu telah disanitasi sepenuhnya dan sentiasa dipantau bagi memastikan kebersihan maksimum dapat dikekalkan.

Kereta Audi yang dibeli di Malaysia hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Maklumat lanjut mengenai Audi #ReadyToDrive, atau menempah temu janji servis, sila layari laman web www.audi.com.my atau hubungi Audi Centre.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PHSAM dimiliki sepenuhnya oleh pakar automotif Eropah, Porsche Holding Salzburg (PHS) yang…
Pelancaran
Dari segi sepsifikasi, kedua-dua model RS6 Avant dan RS7 Sportback hadir dengan nadi 4.0 liter TFSI…
Pelancaran
Dua model yang dimaksudkan adalah Audi RS4 Avant 2020, serta Audi RS5 Sportback. Audi RS4 Avant…