Audi lancar pakej ulangtahun ke-25 untuk model RS - bermula dari RM43k

oleh Mohamad Hanif|
25 tahun berlalu semenjak pengenalan kali pertama kenderaan berprestasi tinggi RS ke pasaran, dan Audi mahu menyambut ulang tahun tersebut dengan menawarkan pakej stail eksklusif untuk kesemua model RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memandangkan model pertama RS merupakan sebuah wagon RS2 Avant yang dilayangkan warna biru, kesemua model RS boleh dipilih untuk dilayangkan warna Nogaro Blue yang sama disamping warna tersedia Mythos Black, Nardo Grey dan Glacier White. 

 


Pakej stail RS ulang tahun yang ke-25 ini terdiri daripada komponen yang dilayangkan dengan kemasan aluminium seperti splitter hadapan, liang kemasukan pada bumper, skirt sisi dan juga diffuser belakang. 

Manakala komponen lain seperti perumah cermin sisi, logo Audi, wing belakang dilayangkan dengan warna hitam berkilat. 

Kemasan kecil seperti lampu lopak eksklusif ulang tahun yang ke-25 juga turut boleh dipasang. 
 


Ruang kabin turut dihiasi dengan aksen Alcantara berwarna biru kobalt, tanda pukul 12 pada roda stereng, hiasan logo RS 25, upholsteri Alcantara dan kulit hitam pada tempat duduk dan pilihan upholsteri kulit penuh pada Audi RS 6 Avant dan RS 7 Sportback.

Berikut merupakan senarai model yang layak untuk memakai pakej ulangtahun yang ke-25 berserta harga jualan yang ditawarkan: 

  • Audi TT RS Coupe €9,350 (RM43,196)
  • Audi RS 4 Avant, RS 5 Coupe & RS 5 Sportback €10,900 (RM50,357)
  • Audi RS 6 Avant and RS 7 Sportback €14,500 (RM66,989)

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan model ini pada harga bermula dari RM646,990 (atas…
Berita Global
Walaupun masih lagi penuh dengan pelekat samaran bagi mengaburi pandangan umum, terdapat satu…
Berita Global
Ini kerana sebuah lagi jenama premium Jerman, Audi diberitakan bakal hadir dengan sebuah EV…