Audi labur RM451 juta bina infra pengecasan kereta (Tidak tunggu pihak lain)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Meskipun dunia sedang bergerak ke arah kenderaan hijau, perjalanannya masih dibayangi ketidaktentuan. Disebabkan itu ada pengeluar yang sudah maju ke hadapan, ada yang baru bergerak dan ada yang masih menunggu dan lihat.

Satu isu utama ialah infrastruktur pengecasan. Suatu yang mengujakan apabila bercakap tentang kenderaan elektrik namun di mana hendak cas? Adakah jumlahnya cukup?

Semua pihak yang berkepentingan perlu memikirkan keperluan itu dan Audi telah mengambil langkah ke hadapan dengan mengumumkan pelaburan berjumlah EUR 100 juta (RM451.70 juta) bagi membina infrastruktur pengecasan.

Lokasi utama infrastruktur itu ialah di pejabat dan pusat pengeluaran Audi di Jerman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Audi invests around EUR 100 million in charging infrastructure at own sites.02

 

Menjelang pertengahan 2022, Audi akan melengkapi satu daripada sepuluh ruang parkir dengan kemudahan pengecasan kereta elektrik yang secara majoriti boleh digunakan oleh orang ramai.

Berikut ialah lokasi pemasangan poin pengecasan:

  • 3,500 di kilang Ingolstadt
  • 1,000 di Neckarsulm
  • Di bawah 100 poin di Brussels dan Győr
  • Audi juga akan memasang di kilang San José Chiapa

Projek dengan skala itu memerlukan persediaan rapi dan perancangan awal dimulakan pada 2016 lagi. 

Kemudahan ini selain untuk kakitangan Audi, ia juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang memerlukan. Audi telah merancang projek ini dengan komprehensif dari peraturan operasi sehingga talian perhubungan terus dan sokongan.

Tidak terkecuali invois pengecasan yang boleh dibuat di dalam talian dan juga pemetaan navigasi untuk pekerja memeriksa poin mana yang tersedia.

 

Audi invests around EUR 100 million in charging infrastructure at own sites.02

 

Kerja-kerja pembinaan infrastruktur ini pula bukan boleh dibuat begitu sahaja. Di tiga lokasi iaitu Brussels, Ingolstadt dan Neckarsulm, infrastruktur pengecasan dengan input kuasa berjumlah 21 megawat sudah pun tersedia.

Jumlah itu bersamaan dengan penggunaan pekan kecil yang mempunyai 14,000 penduduk. Dengan ribuan poin pengecasan pelbagai kapasiti (22 kW hingga 350 kW), Audi akan mengendalikannya melalui sistem pengurusan beban pintar yang mengawal input kuasa.

 

Audi invests around EUR 100 million in charging infrastructure at own sites.02

 

Dalam jangka masa sederhana, Audi juga akan meneroka bagaimana kemahiran yang dimiliki boleh digunakan oleh syarikat lain yang memerlukannya.

Kesemua ini adalah sebahagian daripada perancangan Audi pada masa depan iaitu daripada sebuah pengeluar automotif kepada penyedia khidmat mobiliti. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…