Audi kitar semula sisa plastik jeriji, bampar jadi kancing tali pinggang keledar

oleh Mohamad Hanif|
Sisa-sisa plastik daripada komponen seperti bampar dan jeriji sebenarnya boleh digunakan semula menjadi satu komponen baharu.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menerusi Project PlasticLoop, Audi kerjasama dengan LyondelBassel - sebuah syarikat kimia mutinasional yang juga pengeluar plastik - untuk menemukan cara untuk mencari sumber plastik untuk digunakan pada kancing tali pinggang keledar SUV Q8 e-tron mereka.

Kebanyakan sisa-sisa plastik ini datangnya jaringan pengedar Audi, di mana ia diperoleh daripada komponen kenderaan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
 

Audi


Proses seterusnya adalah membuang mana-mana klip logam dan bahan asing sebelum dihantar ke mesin penghancur.

Dengan menggunakan teknik kitar semula kimia melibatkan minyak pirolisis, sisa-sisa plastik itu tadi akan ditukarkan menjadi butiran plastik yang boleh digunakan semula untuk menghasilkan komponen baharu.

Walaupun projek ini dihadkan kepada penghasilkan komponen kecil seperti kancing tali pinggang keledar, ia secara tidak langsung mampu mengurangkan kos perolehan bahan mentah di dalam produksi Q8 e-tron.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan kemaskini terbaharu di Instagram Audi Jerman, unit terakhir Audi TT telah pun meluncur…
Berita Global
Pembelian saham bernilai 600 juta Euro akan selesai tahun hadapan, dan menurut Pengerusi AUO, Paul…
Berita Global
SAIC Volkswagen mempunyai lima kilang dan lebih sepuluh siri produk di China termasuk model…