Audi henti projek kereta terbang

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman yang dilaporkan oleh Automotive News Eropah, Audi dikatakan membuat keputusan untuk memberhentikan pembangunan terhadap projek kereta terbang yang dibuat bersama Airbus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, pengeluar kenderaan jenama premium tersebut akan mengkaji semula kerjasama yang dibuat bersama Airbus berikutan pemberhentian projek tersebut. 

Audi sebelum ini memperkenalkan projek kereta terbang yang digelar sebagai Pop.Up Next - bertujuan untuk memberi penyelesaian terhadap pengangkutan di mana penumpang tidak perlu untuk menukar kenderaan. 

 


Pop.Up Next menampilkan sebuah kenderaan dua alam yang serba ringan dan boleh disambungkan kepada modul kereta atau modul penerbangan. 

Modul kereta menggunakan platform papan selaju yang mempunyai pek bateri 15 kWh yang menyalurkan kuasa kepada dua motor elektrik berkuasa 80 hp, dan jarak operasi sejauh 130 km untuk sekali cas penuh. 

 


Manakala modul penerbangan pula terdiri daripada empat buah komponen bilah kipas, setiap satunya mempunyai motor elektrik tersendiri. 

Gabungan kuasa keempat-empat motor elektrik itu mampu menghamburkan 214 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum penerbangan 120 km/j. 

Namun, modul penerbangan ini hanya mampu beroperasi sejauh 50 km sebelum pulang ke pengkalan untuk dicas selama 15 minit. 

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…