Audi henti penawaran kereta petrol, diesel selepas 2026

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif mewah Jerman, Audi kini mempunyai barisan kenderaan elektrik yang tersendiri, termasuklah e-tron GT, Q4 e-tron dan juga Q4 Sportback e-tron.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini juga secara tidak langsung memberikan gambaran pengeluar itu bakal menjadi jenama elektrik sepenuh masa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menurut CEO Audi Markus Duesmann seperti yang dipetik oleh penerbitan Jerman Sueddeutsche Zeitung, Audi akan berhenti menjual kenderaan baharu yang dilengkapi enjin petrol dan diesel pada tahun 2026.

Ini bermakna, sehingga tempoh tersebut, Audi masih lagi menjual kereta-kereta konvensional, namun bermula 2026 hanya kenderaan elektrik sahaja yang akan dijual oleh Audi.

Malah, menurut laporan Reuters, Audi juga tidak lagi akan menjual kereta-kereta hibrid bermula tahun 2026.

Beberapa bulan yang lalu, Audi diberitakan telah pun menghentikan pembangunan enjin pembakaran dalaman generasi baharu, sebaliknya menambahbaik enjin sedia ada untuk memenuhi piawaian pelepasan emisi terbaharu.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…