Audi Grandsphere - sedan EV, jarak gerak 750 km, sistem pemanduan autonomi Tahap 4

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pengenalan model Skysphere, Audi kini membawakan model konsep yang kedua dinamakan sebagai Audi Grandsphere - sebuah sedan empat pintu dengan trenkuasa elektrik dan keupayaan pemanduan autonomi Tahap 4 (SAE Level 4).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baca: Audi Skysphere Concept

Disebabkan rekaannya fastback itu, Audi menggelarkan Grandsphere sebagai sebuah 'jet peribadi' untuk kegunaan jalan raya, dengan dimensi sepanjang 5.4 meter, lebar 2 meter dan jarak antara roda sepanjang 3.2 meter.

Muka hadapan Grandsphere masih lagi mengekalkan penggunaan jeriji kerangka tunggal, dengan unit lampu utama yang nipis, profil sisi yang unik, sebelum diakhiri dengan lampu belakang yang serba nipis dan logo Audi beriluminasi merah.
 

AUdi


Bukaan pintu jenis suicide mempamerkan rekaan kabin yang serba mewah, disumbangkan oleh penggunaan bahan berkualiti tinggi seperti kayu, aluminium serta kaca.

Bahagian papan pemuka pula sememangnya tidak menampilkan roda stereng, memandangkan ia disembunyikan bersama-sama dengan pedal kaki ketika berada di dalam mod pemanduan autonomi.
 

Audi


Tiada sebarang skrin kelihatan, ini kerana sistem infotainmen dengan tahap kelebaran penuh itu akan dipancarkan pada permukaan kayu yang turut memaparkan kawalan audio serta sistem navigasi.

Audi Grandsphere dibangunkan atas pelantar Premium Platform Electric (PPE) yang akan digunakan pada model A6 e-tron, Q6 serta Porsche Macan EV.

Grandsphere ini memiliki dua motor elektrik - satu untuk setiap gandar - dengan kuasa maksimum 710 hp dan daya kilas 960 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh empat saat sahaja.
 

Audi


Pek bateri berkapasiti 120 kWh pula membolehkan pemanduan sejauh 750 km untuk sekali cas, serta keupayaan untuk mendapat tambahan jarak 300 km menerusi pengecasan 10 minit sahaja, terima kasih kepada keupayaan pengecasan sehingga 270 kW.

Masa pengecasan dari lima hingga 80 peratus kapasiti bateri boleh dicapai dalam tempoh 25 minit.

Audi turut mendatangkan ciri suspensi udara adaptif dan sistem stereng roda belakang untuk sedan yang agak panjang ini secara standard, di mana ia juga dibantu dengan kamera hadapan yang mampu merakam kondisi jalan sebelum data tersebut dihantar ke sistem suspensi untuk larasan automatik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Audi Activesphere Concept membawakan reka bentuk sedan coupe empat pintu dengan jarak kelegaan…
Berita Global
Rekaan Urbansphere juga sebenarnya lahir daripada studio rekaan Audi yang terletak di Beijing.…