Audi e-tron GT - konfigurasi motor elektrik berkembar, 590 hp, jarak 400 km

oleh Mohamad Hanif|
Banyak juga model menarik yang dipertontonkan kepada umum pada acara Los Angeles Auto Show 2018 ini, dan salah sebuah model yang turut menarik perhatian adalah kereta konsep elektrik daripada Audi - e-tron GT yang dibangunkan bersama Porsche.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model empat pintu Gran Turismo ini dibangunkan untuk memperlihatkan kepada umum bayangan model prestasi berkuasa elektrik untuk jenama Audi pada masa hadapan, dan e-tron GT ini disasarkan produksinya bermula lewat tahun 2020.

e-tron GT mempunyai rekaan platform serba rata yang menjadi perumah kepada unit pek bateri 90 kWh dan ia mampu memberikan jarak sejauh 400 km (mengikut kiraan WLTP). 
 


Turut menyumbang kepada jarak operasi yang jauh itu adalah casis yang serba ringan menggunakan binaan pelbagai material seperti karbon, aluminium dan keluli berkekuatan tinggi. 

Dengan konfigurasi dua buah motor (satu untuk setiap gandar), e-tron GT mampu menjana sehingga 590 kuasa kuda dengan kuasa pecutan sepantas 3.5 saat dari pegun sebelum mencapai kelajuan 100 km/j.
 


Sistem bateri 800V yang diperoleh daripada hasil teknologi Porsche ini membantu tempoh pengecasan yang singkat, iaitu 20 minit sahaja untuk mencapai kapasiti 80%. 

Ruang kargo yang ditawarkan juga amat luas, di mana para pembeli boleh mendapatkan manfaat daripada ruang 100 liter di hadapan dan 450 liter di belakang. 
 


Audi e-tron GT ini merupakan salah satu model daripada 12 model EV yang bakal diperkenalkan menjelang tahun 2025, dengan tiga daripadanya akan memasuki pasaran selewat-lewatnya tahun 2020.
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pelanggan Audi yang berminat boleh mendapatkan model SUV Q8 e-tron SUV atau versi Sportback dengan…
Berita Global
Audi memang mempunyai perjalinan yang sudah lama dengan kelab bolasepak profesional tersebut dan…
Model Terbaharu
Seperti tipikal model-model yang membawakan akronim GT, Audi e-tron GT direka untuk menjadi sebuah…