Audi dedah teaser RS3 2022 - kelengkapan standard enjin inline-5, mod Drift!

oleh Mohamad Hanif|
Tiada sebarang tarikh rasmi pelancaran diumumkan buat masa ini, namun Audi terus menerus mendedahkan teaser untuk model kembar berprestasi tinggi Audi RS3 sedan dan Audi RS3 Sportback 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti angka "1-2-4-5-3" yang tertera pada badan kedua-dua model baharu itu, Audi menjanjikan enjin lima silinder sebaris untuk model RS3 2022 dengan angka output setinggi 394 kuasa kuda dan 500 Nm, peningkatan kuasa sebanyak 20 Nm berbanding penawaran terdahulu.

Dengan padanan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan, RS3 dikatakan mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dengan kelajuan tertinggi 290 km/j dan sebagai perbandingan, Mercedes-AMG CLA 45 S memiliki keupayaan pecutan sepantas 4.0 saat.

 


Selain daripada itu, Audi juga turut mengesahkan bahawa model RS3 generasi baharu ini bakal mendapat kelengkapan spesifik torque-split pada gandar belakang sebagai ciri standard, membolehkan kuasa 100 peratus disalurkan kepada gandar belakang, atau dihantar ke roda kiri atau kanan untuk mengurangkan kadar understeer.

Menurut Audi lagi, ia berkongsi kelengkapan yang sama seperti Volkswagen Golf R, namun dengan talaan yang lebih tersendiri.

 


Untuk mod pemanduan, Audi Drive Select menawarkan dua mod tambahan yang dikhususkan untuk pemanduan yang lebih sporti selain daripada mod Comfort, Auto, Dynamic dan Efficiency.

Mod yang dimaksudkan adalah RS Performance yang mampu menghantar kuasa sebanyak mungkin kepada gandar belakang, mengimbangi pengendalian serta mengurangkan understeer untuk masa pusingan yang lebih pantas.

Sementara mod RS Rear pula memaksimumkan pengagihan daya kilas kepada roda belakang yang membolehkan pemandu melakukan aksi pemanduan senget (drift), selain mengubah kadar keberatan stereng, respons pendikit dan tahap kekerasan suspensi.

 


Dari segi gantungan, Audi RS3 2022 menawarkan dua opsyen, terdiri daripada kelengkapan standard, dan sistem peredam adaptif yang mampu memberikan respons secara individu terhadap setiap roda bergantung kepada jalan yang dilalui.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia kini digunakan pada model berprestasi tinggi Audi RS3, dan terdapat kemungkinan ia akan ditala…
Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan model ini pada harga bermula dari RM646,990 (atas…
Berita Domestik
Ciri menarik yang ada pada Audi RS3 Sedan? 1. Enjin inline-5 Enjin 2.5 liter TFSI itu mampu…