Audi dedah teaser rasmi RS3 Sportback, RS3 Sedan - sah guna enjin lima silinder!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah model Audi S3 Sedan dan Sportback dilancarkan pada tahun lalu, Audi baru-baru ini memperlihatkan secara rasmi teaser pertama bagi model pantas Audi RS3 Sedan dan Audi RS3 Sportback.

Walaupun masih lagi penuh dengan pelekat samaran bagi mengaburi pandangan umum, terdapat satu butiran kecil yang dibawakan pada kedua-dua model tersebut, iaitu nombor "1-2-4-5-3".

 


Jika anda sedia maklum berkenaan nombor tersebut, syabas kerana ia sebenarnya merupakan rujukan kepada urutan pembakaran (firing order) yang biasa didapati pada enjin lima silinder sebaris, atau lebih tepat lagi enjin inline-5 2.5 liter turbo yang digunakan oleh Audi masa kini.

Enjin tersebut juga turut digunakan pada model-model lain seperti Audi RS Q3, dan Audi TT RS di mana dalam keadaan standard mampu menghasilkan 394 kuasa kuda dan 480 Nm, namun terdapat beberapa laporan model RS3 Sedan dan Sportback bakal mempunyai talaan yang lebih tinggi, berkemungkinan besar mampu mencapai 414 kuasa kuda dan 500 Nm.
 

keluarga RS


Jika dibandingkan dengan model S3, model RS3 sedan dan Sportback ini menampilkan rekaan bampar yang jauh lebih agresif dimulakan dengan bukaan liang udara besar, tip ekzos berbentuk oval berkembar, serta kehadiran spoiler kecil pada model sedan.

Baca: Audi S3 Sedan dan Sportback 2021

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti angka "1-2-4-5-3" yang tertera pada badan kedua-dua model baharu itu, Audi menjanjikan…