Audi dedah rekaan dalaman SUV elektrik e-Tron

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama Audi mendedahkan Audi E-Tron menggunakan pelekat penyamaran pixel, kini mereka telah menerbitkan beberapa gambar interior SUV tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Salah satu ciri menarik yang ada pada kabin SUV elektrik ini ialah kehadiran skrin OLED sebesar 7 inci yang memaparkan imej yang sepatutnya dilihat oleh pemandu pada cermin sisi. 

Bermakna, SUV ini tidak mempunyai cermin sisi konvensional seperti kenderaan lain dan digantikan dengan sepasang kamera.

 


Dengan ketiadaan cermin sisi, dan dibantu oleh aero aktif serta suspensi udara, ia terbukti mampu mengurangkan kadar drag coefficient Audi E-Tron ini kepada 0.28 sahaja.

Pada papan pemuka, penggunaan skrin paparan ternyata menjadi majoriti menolak penggunaan kluster meter dan tombol pendingin hawa konvensional. 
 


Sistem audio pula menggunakan khidmat daripada Bang & Olufsen serta sistem hi-fi yang terdiri daripada 16 buah speaker dan amplifier berkuasa 705 watt. 

Audi e-Tron bakal menggunakan tetapan dua motor elektrik yang digabungkan dengan bateri lithium ion 95 kWh yang mampu memberikan jarak pengoperasian sejauh 400 km dengan pengecasan pantas selama 30 minit. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…