Audi bakal perkenal enam model RS menjelang penghujung tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sedar atau pun tidak, jenama RS (RennSport, atau Racing Sport dalam bahasa Inggeris) Audi sudah pun berusia 25 tahun sejak pengenalan pertama model RS2 Avant, model yang dibangunkan hasil kerjasama antara Audi dan juga Porsche.

Diproduksikan daripada tahun 1994 sehingga 1995, RS2 Avant merupakan sebuah wagon dengan enjin lima silinder sebaris 2.2 liter, transmisi manual enam kelajuan dan kuasa 311 hp yang memacu semua roda. 

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-25, Audi Sport GmbH tidak membawakan satu, akan tetapi enam buah model RS baharu yang bakal diperkenalkan sehingga hujung tahun ini. 
 


Mengikut gambar intipan yang diperoleh daripada laman automotif luar negara, dua model pertama yang bakal dilancarkan adalah RS6 Avant dan RS7 Sportback, dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar berkuasa 641 hp.

Kedua-dua model ini dikatakan bakal membuat kemunculan di Frankurt Motor Show tidak lama lagi. 

Manakala empat model lagi termasuklah:

  • RS Q3
  • RS Q3 Sportback
  • RS4 Avant
  • RS Q8


RS Q3 dan RS Q3 Sportback masing-masing dilengkapi dengan enjin lima silinder sebaris 2.5 liter yang mampu menghasilkan 414 kuasa kuda dan sistem transmisi klac berkembar yang menyalurkan kuasa kepada sistem pacuan quattro. 

Manakala RS Q8 dikatakan bakal hadir dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar yang mempunyai output yang sama seperti Lamborghini Urus. 
 


Sumber gambar: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Reuters bertarikh 5 Mei 2026, Ketua Pegawai Kewangan Audi, Juergen Rittersberger…
Berita Global
Sejak diperkenalkan pada 2010, A1 mencatatkan jumlah penghantaran sebanyak 1,389,658 unit, manakala…
Berita Global
Italdesign bukan nama kecil dalam dunia automotif. Studio yang diasaskan Giorgetto Giugiaro itu…