Audi A6 Hybrid 2013/14 - dari RM280k, sekarang RM80k

oleh HEZERI SAMSURI|
Audi pernah menggegarkan negara kerana melancarkan model A6 Hybrid dengan harga di bawah paras RM300,000 (RM280,000 untuk lebih tepat).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia adalah satu kejutan kerana pesaingnya, BMW 5-Series dan Mercedes-Benz E-Class kesemuanya mempunyai harga melampaui RM300,000.

Namun begitu, selepas lima tahun, model tersebut hilang RM200,000 dari nilainya. Tinjauan di laman-laman web kenderaan terpakai seperti Mudah.my menunjukan harga pasaran untuk model itu sekarang berharga di sekitar RM80,000 sahaja.

Model tersebut memang mempunyai masalah teknikal tetapi sekiranya prestasi khidmat jual balik serta strategi pemasaran yang bagus digunakan, pastinya jenama itu masih mampu mempunyai nilai jual balik yang tinggi.

Nampaknya Audi masih tidak menjumpai resipi yang baik untuk Malaysia. Dari zaman di bawah Kumpulan Tan Chong, kemudian DRB-Hicom, selepas itu dari Audi Germany sendiri dan kini mungkin di bawah Audi Singapura, jenama 4-gelung itu masih tercari-cari penyelesaian.

Atau mungkin kita serahkan sahaja Audi ini kepada penjual kenderaan recond sahaja?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…