Audi A6 Avant TDI talaan ABT memang mengancam!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masih terdapat banyak pilihan di dalam pasaran yang boleh dilihat bagi mereka yang masih mahukan sebuah kenderaan berprestasi tinggi di dalam kerangka kereta yang praktikal dan tidak terlalu MPV rupanya.

Malah, jenama seperti Corolla juga sudah mula ditawarkan kembali di dalam bentuk badan wagon yang penulis kira, ia agak menarik perhatian. 

Cuma di Malaysia, entah mana silapnya, pasaran ini tidak begitu meluas dan tidak banyak pengeluar yang berani membawa masuk segmen ini. 
 


Salah sebuah syarikat penala yang memfokuskan kepada kereta berprestasi tinggi berjenama Audi, ABT telah me(nyalah)gunakan kuasa mereka untuk menala kembali model A6 Avant (wagon). 

Logo ABT Power pada pelindung enjin enam silinder dalam konfigurasi V diesel ini menjanjikan peningkatan kuasa kepada 326 kuasa kuda dan daya kilas setinggi 670 Nm!

Peningkatan kuasa tersebut membolehkan ia mencantas 0.2 saat daripada masa pecutan 0-100 km/j, menjadikan rekod terkini 5.5 saat. 
 


Sebagai perbandingan, enjin asal TDI standard ini secara warasnya mampu menjana kuasa sekitar 282 kuasa kuda dan tork 620 Nm.

Sementara bahagian luaran wagon ini pula, ABT telah memasang diffuser belakang bagi memberikan imej yang lebih gerun kepada pesaing-pesaingnya yang terdekat. 

Rim aloi dengan kemasan berwarna gelap bersaiz 21 inci menghiasi ruang arca roda A6 Avant ini sebelum dibaluti tayar 255/35 R21. 
 


Buat mereka yang ingin beralih arah daripada segmen MPV namun mahu mengekalkan aspek praktikaliti, tiada salahnya mencuba nasib dengan menunjukkan gambar A6 Avant ini kepada isteri anda sambil belanja mereka sesuatu yang mereka suka. 

Mana tahu, suatu hari nanti mereka akan perkenankan permintaan anda?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, dalam banyak-banyak model Avant yang pernah ditala oleh ABT sebelum ini, model Audi A6…