Audi A6 Avant PHEV - 0-100 dalam 5.7 saat, jarak operasi sifar emisi 51 km!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang menginginkan sebuah station wagon yang tidak terlalu menyerlah seperti Audi RS6 Avant, terdapat wagon yang ditawarkan oleh Audi iaitu A6 Avant 55 TFSIe Quattro - sebuah wagon plug-in hybrid yang baharu sahaja dilancarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berlindung di sebalik hud enjin adalah nadi 2.0 liter TFSI yang mampu menjana 248 kuasa kuda yang disokong oleh motor elektrik (141 hp) yang menjadikan output keseluruhan sebanyak 362 kuasa kuda dan 500 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin serendah 1,250 rpm.

 


Mengikut data kitaran WLTP, wagon PHEV ini mampu bergerak sejauh 51 kilometer dalam mod elektrik semata-mata, namun masih mampu memecut sepantas 5.7 saat dari pegun ke 100 km/j.

Kelajuan maksimum dihadkan kepada 255 km/j manakala dalam mod elektrik pula dihadkan pada 135 km/j.

 


Antara peralatan standard yang dilengkapkan termasuk lampu utama LED matrix, tempat duduk sports, sistem kawalan iklim empat zon automatik, serta sistem paparan instrumen digital.

Rupa luaran pula dihiasi dengan set rim bersaiz 19 inci pada keempat-empat sudut, sistem suspensi sport, angkup brek berwarna merah, pakej kit badan S line, serta pakej kaca privasi untuk penumpang belakang.

 


Harga jualan bermula dari €71,940 dan terima kasih kepada jarak operasi mod elektrik, Audi menyatakan model wagon PHEV ini layak untuk menerima pengurangan cukai sehingga 50 peratus di negara-negara seperti Jerman.