Audi A3 2021 - sedan aras mula Audi, ciri mild-hybrid 48V

oleh Mohamad Hanif|
Sedan aras mula dari Audi, Audi A3 yang kini memasuki generasi kedua akhirnya rasmi dilancarkan dan ia membawakan pelbagai teknologi serta rekaan yang dibawakan secara terus daripada model A3 Sportback.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Audi A3 dibangunkan berdasarkan platform MQB Evo yang telah dikemaskini dan secara kasarnya, sedan empat pintu paling kecil ini mempunyai dimensi 4,500 mm panjang, 40 mm lebih panjang berbanding model terdahulu.

Jarak antara roda pula masih kekal tidak berubah, namun kadar kelebaran kereta ini meningkat 20 mm kepada 1,820 mm, serta lebih tinggi 10 mm (1,430 mm).

 


Selain daripada itu, Audi turut merendahkan posisi pemanduan sekaligus menawarkan lebih banyak ruang kepala di hadapan, sementara ruang kargo pula kekal pada angka 425 liter.

Beralih kepada reka bentuk luaran, Audi A3 sedan membawakan elemen rekaan yang lebih kurang serupa dengan model A3 Sportback, namun dengan dimensi 150 mm lebih panjang berbanding versi hatchback, ia menyumbang kepada imej elegan A3 sedan ini.

Tidak dilupakan, aspek aerodinamik yang diterapkan berjaya membolehkan sedan A3 ini mencapai pekali seretan serendah 0.25, peningkatan sebanyak 0.04 berbanding model terdahulu. Impresif!

 


Ruang kabin juga turut membawakan rekaan papan pemuka yang identikal dengan model A3 Sportback, menampilkan skrin digital 10.25 inci pada ruang instrumen dan skrin tengah MMI bersaiz 10.1 inci yang berorientasikan kepada pemandu.

Ciri pemanduan turut disokong dengan bantuan sistem keselamatan seperti sistem pre sense Audi, kawalan pelayaran adaptif, amaran keluar laluan serta amaran lintasan trafik.

 


Antara enjin yang ditawarkan pada model Audi A3 adalah enjin 1.5 liter TFSI yang mampu menjana 148 kuasa kuda digandingkan dengan sistem mild-hybrid 48V yang pernah ditampilkan pada model A3 Sportback.

Enjin mild-hybrid ini digandingkan dengan transmisi klac berkembar S tronic tujuh nisbah kelajuan serta menawarkan penjimatan sehingga 10 peratus penggunaan bahan api dengan keupayaan untuk tidak beroperasi sehingga 40 saat bila mana sistem tidak memerlukan tenaga dari enjin.

Antara enjin lain termasuklah enjin yang sama 1.5 liter (varian 35 TFSI) tanpa sistem mild-hybrid namun digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan, enjin 1.0 liter (varian 30 TFSI) serta enjin 2.0 liter TDI diesel yang mampu menghasilkan 148 kuasa kuda.

 


Audi akan memulakan penjualan model A3 Sedan di Jerman pada akhir bulan ini dengan harga jualan dari $32,250 (RM141,077) untuk model 35 TFSI, manakala model asas 30 TFSI dengan nadi 1.0 liter (108 hp) bermula dari $29,980 (RM131,147).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Pelancaran
Dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo inline-4, ia mampu menjana kuasa setinggi 190 PS @ 6,000 rpm…
Berita Global
Ia bukan sahaja penuh dengan ilmuy yang bakal anda tanyakan kembali dalam forum FB, akan tetapi…