Atuk beli Porsche yang ke-80 bersempena usianya mencecah 80 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan sebuah kisah peminat sejati kenderaan berjenama Porsche yang berasal dari Vienna, Jerman di mana Ottocar J. diberitakan membeli model Porsche yang ke-80 pada usia beliau mencecah 80 tahun!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau diberitakan membeli Porsche pertama - sebuah 911 E Speed Yellow - pada tahun 1972 dan semenjak daripada itu garaj beliau telah pun dipenuhi dengan pelbagai jenis model Porsche dari tahun ke tahun.

Keadaan ini menyebabkan Ottocar terpaksa membina sebuah garaj tambahan bersebelahan dengan rumah beliau untuk menempatkan koleksi Porsche yang semakin membesar itu.

 


Model yang ke-80 dibelinya adalah sebuah Boxster Spyder yang dilayangkan dalam warna Miami Blue (gambar utama).

Menariknya, Ottocar merupakan antara pelanggan Porsche yang diberikan penghormatan untuk meletakkan sendiri lencana jenama tersebut pada hud kereta miliknya di kilang Zuffenhausen.

 


Koleksi yang dimiliki oleh Ottocar terdiri daripada 38 jenis model Porsche yang berbeza termasuklah kereta lumba seperti Porsche 917, 910 dengan enjin lapan silinder yang agak terhad, 956, 904 dan 964 Cup.

Menurut Ottocar lagi, "saya boleh memandu sebuah kereta untuk setiap hari selama sebulan, dan dua lagi pada hujung minggu."

 


Ketika ditanya, beliau tidak menyebut kereta mana yang menjadi kegemaran walaupun beliau kerap memilih Boxster Spyder Type 981 sebagai jentera pilihan untuk dipandu.

Koleksi beliau bukan sekadar kereta semata-mata, malah dipenuhi dengan pelbagai jenis memori termasuklah poster, trofi dan papan iklan yang memenuhi setiap sudut.

 


Tidak seperti manusia seusianya, Ottocar tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berhenti, malah beliau turut merancang untuk mengembara di atas lebuhraya Pan-American di dalam Cayenne kelak.

"Apabila anda memasuki umur 80 tahun, anda tidak lagi memikirkan perkara yang berlaku pada masa lalu, akan tetapi apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Anda akan menantikan perkara yang akan datang kepada anda," jelas beliau lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…