Atroniq dan United e-motor perkenal motosikal EV ke pasaran Malaysia, akan dipasang di Batu Kawan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat pemegang pelaburan Malaysia, Artroniq Berhad telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat pembuat motosikal EV Indonesia, United e-motor yang bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia sekitar bulan Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, kerjasama itu bakal menyaksikan pengenalan teknologi dan inovasi motosikal elektrik dari Indonesia, di mana United e-motor kini memiliki empat model dalam rangkaian jenamanya, iaitu MX-1200, T-1800, TX-1800 dan TX-3000.

Majlis pelancaran kerjasama itu berlangsung di Kedutaan Indonesia di Malaysia, di mana ia telah dihadiri oleh Pengerusi ATEC (Asian Trade, Tourism and Economic Council), Bapak Budihardjo Iduansjah, Ahli Parlimen, Senator Jaziri Alkaf Dr Abdillah Suffian, Pengarah PT. Terang Dunia Internusa, Bapak Andrew Mulyadi, serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Malaysia Tuan Yang Terutama (H.E.) Dato’ Indera Hermono.

 

2

 

Acara pelancaran rasmi jenama itu bakal menjadi sejarah penting dalam landskap ASEAN, di mana ia membantu mengukuhkan perkongsian mendalam Malaysia dengan Indonesia.

Kedua-dua negara kekal bersatu dalam misi mereka masing-masing untuk memupuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam komuniti ASEAN.

Sebagai permulaan, dua model pertama akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia, iaitu TX-1800 dan TX-3000 yang hadir dengan rekaan moden dan agresif.

 

3

 

Dari segi spesifikasi, motosikal EV United e-motor itu mampu menawarkan jarak gerak kira-kira 70 hingga 120 km, dengen kelajuan tertinggi sehingga 90 kmj.

Pelbagai ciri canggih turut dihadirkan seperti sistem tanpa kunci, fungsai ketersambungan telefon pintar untuk mengawal pelbagai fungsi dan bateri boleh tukar.

Menariknya, Artroniq selaku pengedar rasminya juga akan bertanggungjawab untuk memasang motosikal elektrik itu di fasiliti kilangnya di Batu Kawan, Penang.