ATM uji dua unit kenderaan tentera 'klon Humvee'

oleh Mohamad Hanif|
Laman Facebook Malaysia Military Review baru-baru ini memuat naik beberapa keping gambar yang dipercayai sebagai unit ujian kenderaan tentera.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Unit kenderaan berwarna hijau itu merupakan Dongfeng EQ2050 (dikenali sebagai Humvee versi China) itu dikesan di Petron Genting Highlands oleh individu bernama Kamarul Edimuhizad.

 


Dongfeng EQ2050 ini dikuasakan oleh enjin diesel 6.5 liter bentangan V8 turbo berkembar yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Antara negara yang menggunakan khidmat Dongfeng EQ2050 ini termasuklah Bangladesh, China, Laos, Turkmenistan, Venezuela serta Zimbabwe.

 


Sebuah lagi unit klon Humvee berwarna biru dengan bentuk badan yang sedikit berbeza itu dikesan di hadapan TMG Mall, Kuantan oleh individu bernama Ali Rahatan yang diiringi oleh sebuah kenderaan milik Angkatan Tentera Malaysia.

Menariknya, unit kenderaan ini datangnya daripada syarikat DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) berdasarkan pelekat yang terpapar di bahagian sisi.

Di bahagian belakang pula terdapat dua tong minyak yang menampilkan layangan samaran digital Tentera Darat Malaysia.

Sumber: FB Malaysia Military Review

Berita Berkenaan

Informasi
  "Saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang…
Berita Domestik
  Beliau berkata, antara aset bakal dibeli adalah bot getah yang boleh memudahkan usaha menyelamat…
Berita Domestik
  Menurutnya, peruntukan menaik taraf aset ketenteraan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM),…