ATM - Penyeludup mungkin guna dron pantau sempadan

oleh SALINA JALIL|
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menolak kemungkinan penyeludup menggunakan dron bagi memantau kawalan sempadan bagi mengelak aktiviti mereka dikesan oleh pihak berkuasa.


Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata, walaupun kes sebegini masih belum dikenal pasti namun penyeludup dipercayai lebih kreatif susulan adanya teknologi semasa yang canggih pada hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Rondaan agresif di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bawah kendalian ATM sejauh 85 kilometer dari Rantau Panjang ke Jeli sentiasa diperketatkan.

 


"Rondaan agresif dari masa ke masa dibuat supaya sempadan negara tidak mudah dibolosi oleh aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh menggugat kestabilan negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Alor Durian, Wakaf Bharu.
 

 

Dalam pada itu Zamsari berkata, pihaknya mendapati terdapat lebih 100 laluan tikus digunakan penyeludup untuk melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan di kawasan kawalan ATM.

 

Menurutnya, jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan berlaku disebabkan terdapatnya penawaran dan permintaan antara Malaysia dan Thailand.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…