Atlit Prestasi Terunggul - Mercedes-AMG GLC 63 S dan 63 S Coupe dilancarkan, harga dari RM916k

oleh Mohamad Hanif|
Beralih kepada SUV Prestasi yang terunggul, Mercedes menghadirkan bukan satu, tetapi dua buah model iaitu Mercedes-AMG GLC 63 S 4MATIC+ dan juga GLC 63 S Coupe 4MATIC+.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Masih mengekalkan ciri prestasi, kedua-dua SUV ini hadir dengan enjin M177 V8 bi-turbo 4.0 liter yang menghasilkan 510 hp dan daya kilas 700 Nm, memberikan prestasi pecutan yang mengkagumkan sepantas 3.8 saat dari 0-100 km/j.

Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada roda menerusi transmisi baharu AMG SPEEDSHIFT    MCT 9-Speed yang memberikan masa pertukaran nisbah gear yang lebih singkat, dan fungsi double-declutching yang membawakan pengalaman penukaran gear yang lebih beremosi.
 


Membawakan karakteristik yang lebih agresif, GLC 63 S dan GLC 63 S Coupe ini merupakan antara model pertama yang membawakan gril Panamericana yang sebelum ini hanya dikhaskan untuk keluarga kereta sports AMG GT. 

Berikut merupakan spesifikasi bagi kedua-dua buah SUV Prestasi Mercedes-Benz. 
 

Mercedes-AMG GLC 63 S 4MATIC


Enjin: 4.0 liter V8 bi-turbo petrol
Kuasa: 510 hp/700 Nm @ 1,750-4,500 rpm
Transmisi: AMG SPEEDSHIFT MCT 9-SPEED
Pecutan: 3.8 s 0-100 km/j
Halaju maksimum: 270 km/j
FC: 11.9 liter/100 km
Luaran: Mercedes-AMG Night package, rim 21 inci AMG, LED Multibeam, ekzos prestasi AMG Performance, lip spoiler
Dalaman: AMG carbon-fibre trim, upholstery kulit Nappa, stereng AMG DINAMICA, lampu suram, tempat duduk AMG Performance,  sistem audio Burmester
Keselamatan: kamera keliling, pakej bantuan pemanduan, amaran titik buta (BSA), bantuan parkir, bantuan kekal jarak DISTRONIC, bantuan kekal laluan, bantuan brek dengan amaran lintasan trafik, beg udara lutut dan sisi, lampu brek adaptif, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), TIREFIT

Harga: RM915,888 atas jalan tanpa insurans

 

Mercedes-AMG GLC 63 S Coupe 4MATIC


Enjin: 4.0 liter V8 bi-turbo petrol
Kuasa: 510 hp/700 Nm @ 1,750-4,500 rpm
Transmisi: AMG SPEEDSHIFT MCT 9-SPEED
Pecutan: 3.8 s 0-100 km/j
Halaju maksimum: 270 km/j
FC: 11.9 liter/100 km
Luaran: Mercedes-AMG Night package, rim 21 inci AMG, LED Multibeam, ekzos prestasi AMG Performance, lip spoiler
Dalaman: AMG carbon-fibre trim, upholstery kulit Nappa, stereng AMG DINAMICA, kemasan kulit ARTICO pada papan pemuka, lampu suram, tempat duduk AMG Performance,  sistem audio Burmester
Keselamatan: kamera keliling, pakej bantuan pemanduan, amaran titik buta (BSA), bantuan parkir, bantuan kekal jarak DISTRONIC, bantuan kekal laluan, bantuan brek dengan amaran lintasan trafik, beg udara lutut dan sisi, lampu brek adaptif, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), TIREFIT

Harga: RM933,888 atas jalan tanpa insurans
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak pernah melupakan segmen SUV prestasi, Mercedes-Benz juga dilaporkan berjaya membuktikan SUV…
Pelancaran
Bermula daripada The Godfather of SUVs, Mercedes-AMG G 63 mendahului senarai dengan reka bentuk…