Atlas Tanoak - trak konsep VW untuk US

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasaran trak pikap US memang menggiurkan dan Volkswagen akhirnya menghasilkan sebuah konsep pikap untuk apsaran itu.

Jauh lebih besar dari pikap Volkswagen Amarok yang sudah berusia itu, ia dikatakan dibina di atas SUV Atlas yang wujud untuk pasaran tersebut.

Atlas Tanoak masih lagi wujud di alam maya sebagai sebuah konsep tetapi sudah mula menimbulkan kegirangan daripada peminat pikap US yang mahukan sebuah kenderaan Jerman.

Ia masih lebih kecil dari Ford F150 dan akan dijana oleh enjin VW 3.6L V6 dengan 276 hp. Ia juga adalah seperti Honda Ridgeline, yang bermaksud ia tidak mempunyai kerangka ladder seperti trak-trak pikap yang lain.

Kelebihannya ialah pemanduan yang selesa, senyap dan pengendalian lebih bagus kerana ringan. Keburukan pula ialah ia tidak sekuat trak biasa dan mempunyai kebolehan off-road yang terbatas

Oleh kerana saiz yang besar, trak pikap US tidak begitu sesuai untuk jalan-jalan di Eropah ataupun di Asia.