Atara Racing hasilkan roda aloi pisang untuk 4X4

oleh HEZERI SAMSURI|
Melihat pada sambutan yang hebat untuk produk rim Pisang 8 jejari (spoke) khusus untuk kereta, jenama roda aloi tempatan, Atara Racing kini menghasilkan varian Pisang untuk kenderaan 4X4 pula.

Jejari ditambah dari lapan kepada dan 12 untuk mengukuhkan roda aloi itu lagi dan memberikan sedikit perbezaan dari jenama lain.

Sempena pelancarannya, 200 set pertama akan mendapat rim kelima secara percuma (satu set mempunyai empat unit roda aloi). 

Harga pra pelancaran ialah RM2,800 dan di bawah adalah spesifikasi roda aloi tersebut.

  • Roda aloi Pisang 12-jejari
  • Saiz: 18-inci X 9JJ - offset +15
  • Pilihan PCD.
    • PCD 139.7 x 6 CB108 (Toyota Hilux, Ford Ranger, Mitsubishi Triton serta Isuzu D-Max)
    • Pcd114.3 x 6 CB73 (Nissan Navara)

 

 

Menurut Alie, penghantaran dijangka bermula pada hujung bulan September. 

Kos penghantaran pula ialah RM250 ke alamat di Sabah dan Sarawak dan RM150 ke alamat di Semenanjung Malaysia. 

Untuk yang mahu mengambil roda aloi terus tanpa kos penghantaran, gudang mereka berada di Pulau Pinang. 

Contoh pada Land Rover Defender ini menggunakan tayar bersaiz 265/60 R18 dan ia menggunakan PCD converter dan spacer.

Bagi memesan set roda aloi ini, sila Whatsapp Alie di 019-292 3032.

Ingat, hanya 200 set pertama yang akan menerima roda aloi kelima percuma! 

 

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Atara Racing sebenarnya bermula dari bawah bila tujuh tahun dahulu, Ali Said, 31, dari Kuala Nerang…