Astra Honda lancar skuter maxi Forza 250 untuk pasaran Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pelancaran model skuter PCX 160, Astra Honda Indonesia baru-baru ini melancarkan skuter maxi Honda Forza 250 untuk pasaran tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti kembarnya Forza 350, Honda Forza 250 banyak membawakan persamaan dan perkongsian ciri penampilan seperti lampu utama yang lebih tajam untuk memberikan penampilan yang lebih mewah.

 


Selain daripada itu, rekaan ekzos juga turut diberikan nafas baharu dan penghadang angin di bahagian hadapan penunggang kini boleh dilaraskan secara elektronik sehingga 40 mm, menjadikan satu-satunya skuter di dalam segmen yang hadir dengan ciri unik tersebut.

Dari segi kuasa, Honda Forza 250 membawakan enjin silinder tunggal 249 cc dengan sistem pancitan bahan api yang mampu menghasilkan 23.11 PS @ 7,500 rpm dan daya kilas 24 Nm pada putaran enjin 6,250 rpm.

 


Sistem suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik di bahagian hadapan, diikuti dengan penyerap hentak berkembar di bahagian belakang, sementara sistem brek pula terdiri daripada cakera 265 mm hadapan, cakera 240 mm belakang dibantu dengan brek ABS dwi-saluran.

Kelengkapan lain yang dimuatkan termasuklah glove box yang menampilkan slot pengecasan terbina, fungsi lampu berhenti kecemasan (ESS), Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan sistem kekunci pintar yang mempunyai fungsi panggilan semula dan penggera anti-pencuri.

Sebagai sebuah skuter maxi, Honda Forza 2021 turut mempunyai ruang simpanan yang cukup besar untuk memuatkan sehingga dua unit helmet pada satu-satu masa.

 


Di Indonesia, Honda Forza dijual pada harga bermula dari IDR 83,810,000 (RM24,353).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…