Aston Martin Vantage F1® Edition kini di Malaysia, 535 PS, 685 Nm, dari RM978,000

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 2021, Aston Martin telah melancarkan sebuah model edisi terhad Vantage F1® Edition sebagai meraikan kepulangan semula jenama itu dalam sukan Formula Satu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kini, unit pertama untuk pasaran Malaysia sudah pun mendarat dan boleh dilihat dengan lebih dekat di pusat pameran Aston Martin Kuala Lumpur.

Vantage F1® Edition dikuasakan oleh enjin bentangan V8 turbo berkembar dengan janaan kuasa setinggi 535 PS dan daya kilas 685 Nm.
 

Vantage


Sistem transmisi adalah jenis automatik lapan nisbah kelajuan yang telah dioptimasikan kecekapannya bagi mengurangkan sela masa penukaran gear dan meningkatkan perasaan kelangsungan dan ketepatan.

Selain itu, fokus talaan turut ditumpukan pada casis di mana modifikasi telah dibuat pada bahagian bawah badan untuk meningkatkan tahap ketegaran casis yang boleh menambahbaik respons stereng, diikuti dengan unit peredam yang turut ditala semula tanpa mengorbankan keselesaan pada kelajuan rendah.
 

F1


Secara standard, Aston Martin Vantage ini dipasangkan dengan rim bersaiz 21 inci - pertama kali untuk sebuah Vantage - dengan balutan tayar Pirelli 255/35ZR21 di depan dan 295/30ZR21 di belakang yang dibangunkan khas untuk model ini.

Kit aerodinamik yang terdiri daripada splitter depan, dive plane hadapan, underbody turning vane dan sayap belakang pada model ini dikatakan mampu untuk menambah daya turun sehingga 200 kg pada kelajuan tertinggi, dan dalam masa yang sama mengoptimasikan keseimbangan keseluruhan jentera.

Sementara diffuser belakang masih lagi dikekalkan tanpa sebarang perubahan.
 

f1


Warna luaran Vantage F1® Edition ini merupakan satu rujukan kepada warna sebenar yang digunakan oleh jentera F1 Aston Martin Cognizant Formula One Team, iaitu Aston Martin Racing Green yang boleh didapati dengan kemasan Satin atau Gloss.

Pembeli juga boleh mendapatkan warna lain seperti Jet Black dan Lunar White yang boleh dihiasi dengan grafik perlumbaan Solid Matte Dark Grey.
 

F1


Kemasan dalam kabin pula menampilkan penggunaan bahan upholsteri Obsidian Black Leather dan Phantom Grey Alcantara, diikuti dengan pilihan warna jahitan dan jalur kontras yang terdiri daripada Lime Green, Obsidian Black, Titanium Grey atau Spicy Red.

Bukan itu sahaja, Aston Martin Vantage F1® Edition ini juga boleh didapati dalam versi Coupe atau versi Roadster yang mendapat kemasan tersendiri seperti rekaan jeriji khas, kemasan 2x2 Twill Carbon Fibre, grafik unik, sistem quad ekzos dan rim aloi baharu Satin Black bersaiz 21 inci.

Untuk pasaran Malaysia, Aston Martin Vantage F1® Edition  dijual pada harga bermula dari RM978,000 tidak termasuk cukai, duti dan opsyen.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk tujuan keselamatan, mereka yang berani ini bolehlah memilih khidmat AddArmor untuk memasang…
Berita Domestik
Menurut Aston Martin, Vantage ini merupakan unit pertama yang didatangkan dengan gril hadapan…
Berita Global
Ketika bercakap kepada pihak media automotif Australia baru-baru ini, ketua eksekutif Aston Martin…