Aston Martin Vantage, DBS Superleggera Edisi 007 - unit terhad, bermula dari RM880 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Filem ke-25 James Bond, No Time To Die dijadualkan bakal menyerang pawagam di seluruh dunia menjelang November ini dan sebagai meraikan filem terbaharu James Bond 'No Time To Die' dengan melancarkan dua buah model edisi khas, iaitu Aston Martin Vantage dan DBS Superleggera 007.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model Vantage dan DBS Superleggera 007 Editions ini boleh didapati dalam unit terhad, dan kedua-duanya dihasilkan dengan kerjasama divisyen Aston Martin Q.

Bermula daripada model Vantage 007 Edition, ia direka dalam 100 unit sahaja berdasarkan inspirasi daripada model Aston Martin V8 yang membuat kemunculan pertama di dalam filem The Living Daylights (1987).

 


Vantage 007 Edition memiliki ciri seperti rekaan unik mesh grille, bezel krom, warna luaran Cumberland Grey diikuti dengan warna dalaman kulit hitam obsidian.

Apa yang menarik di dalam pakej 007 Edition ini adalah rujukan terhadap filem James Bond - kehadiran set rak dan peralatan ski serta frekuensi radio polis Rusia 96.6 seperti yang digunakan di dalam filem.

 


Model kedua pula adalah Aston Martin DBS Superleggera yang dihadkan sebanyak 25 unit sahaja.

Pakej 007 Editions yang didatangkan termasuklah warna Ceramic Grey, bumbung berwarna hitam gentian karbon, set rim 21 inci, pelindung cermin sisi, splitter, diffuser dan spoiler belakang.

Bagi memastikan anda mampu menjalankan tugas dengan sempurna, Aston Martin DBS Superleggera didatangkan dengan nadi V12 5.2 liter yang mampu menghasilkan 715 kuasa kuda dan 900 Nm daya kilas.

 


Harga jualan untuk sebuah kereta Bond Vantage 007 Edition bermula dari £161,000 (RM880,384) manakala model DBS Superleggera 007 Edition pula bermula dari £279,025. (RM1,525,771).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…
Sukan Bermotor
Aston Martin Vantage GT3 ini merupakan produk yang pertama dibawah kerjasama antara Aston Martin…