Aston Martin Vantage AddArmor mampu bertahan serangan peluru Magnum

oleh Mohamad Hanif|
Tidak semua orang VIP itu mahu dipandu sepanjang masa, ada segelintir yang gemar memegang stereng sendiri untuk ke mana jua.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk tujuan keselamatan, mereka yang berani ini bolehlah memilih khidmat AddArmor untuk memasang sistem perisai yang bagus pada kenderaan peribadi, seperti yang ditunjukkan pada model Aston Martin Vantage ini.
 

Vantage


Menurut AddArmor, sistem perisai yang ada pada model Vantage ini mempunyai tahap perlindungan B4 yang mampu menahan serangan peluru magnum .44 dan .357, serta parabellum 9mm.

Sistem perlindungan itu terdiri daripada kaca kalis peluru pada bahagian cermin depan dan cermin sisi, penggunaan bahan kevlar seberat 204 kg, serta pemasangan keluli yang dikeraskan pada bahagian bumbung dan tangki bahan api.
 

Vantage


Ciri keselamatan tambahan termasuklah kejutan elektrik yang sengaja diletakkan pada bahagian pemegang pintu apabila kereta dibuka secara paksa dari luar.

Untuk tujuan melarikan diri dengan selamat, AddArmor memasang tayar jenis run-flat, dan penutup pada bahagian tip ekzos bagi menghalang sebarang bendasing daripada dimasukkan ke dalam paip ekzos.

AddArmor turut menaiktaraf sistem suspensi bagi menampung kenaikan berat badan akibat pemasangan sistem perisai dan perlindungan.
 

Vantage


Secara standard, Aston Martin Vantage didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 503 hp dan 685 Nm, namun pecutan 0-100 km/j mungkin tidak akan mencapai masa 3.6 saat disebabkan oleh berat tambahan yang disebutkan tadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, bagaimana bagi mereka yang mahukan sebuah kenderaan trak pikap yang mampu menahan segala…