Aston Martin Valour - nadi V12 bertransmisi manual, 705 hp, 110 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai meraikan ulang tahun yang ke-110, Aston Martin telah melancarkan sebuah supercar bernadi V12 serba baharu dalam unit terhad, rekaan retro, serta penawaran transmisi manual secara standard!
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Tidak seperti model moden Aston Martin, Valour sememangnya membawakan pendekatan yang lebih retro, dengan mengambil inspirasi daripada model V8 Vantage era 70-an dan 80-an.
 

Valour


Seperti yang diperlihatkan di bahagian luaran, Valour membawakan rekaan hud jenis clamshell dengan liang kasut kuda, unit lampu utama berbentuk bulan, bilah lampu belakang melintang, spoiler besar, serta rim aloi tempa bersaiz 21 inci yang dibaluti Michelin Pilot Sport 5 (275/35 depan, 325/30 belakang).

Terdapat 21 pilihan warna standard, serta palet warna kustom yang disediakan oleh Q by Aston Martin.
 

Valour


Pendekatan yang retro itu turut diteruskan pada ruang kabin, di mana para pereka menggandingkan elemen klasik dengan aksen gentian karbon, tombol gear kayu berbentuk bulat, serta tempat duduk yang ringan dengan balutan fabrik.

Seperti yang dijelaskan, Aston Martin Valour membawakan nadi bentangan V12 5.2 liter turbo berkembar dengan hamburan kuasa 705 hp dan 753 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan serta komponen pembeza gelincir terhad mekanikal.
 

Valour


Sistem gantungan Valour menggunakan peredam adaptif, serta bar anti-oleng yang telah ditala khusus untuk menampung kuasa yang dihamburkan oleh nadi V12 itu tadi.

Bukan itu sahaja, Valour turut mendapat pendakap tambahan di bahagian hadapan dan belakang, serta penghenti karbon seramik bertujuan untuk menambahbaik tahap kekakuan kilasan dan sisi casis.

Aspek pemberhentian terdiri daripada angkup hadapan enam omboh dan rotor karbon seramik 16 inci, diikuti dengan angkup belakang empat omboh dan rotor 14 inci yang lebih ringan berbanding brek standard.
 

Aston martin


Hanya 110 unit sahaja Aston Martin Valour yang akan diproduksikan sebagai menandakan berakhirnya era enjin pembakaran dalaman tulen.

Produksi Valour akan mengambil tempat di HQ Gaydon pada suku ketiga 2023, sementara penyerahan pertama dijadualkan menjelang akhir tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  DBX707 AMR24 Edition berkongsi identiti dengan kereta lumba AMR24 dan Kereta Perubatan Rasmi …
Model Terbaharu
Vantage terbaharu ini dinadikan dengan enjin 4.0 Liter V8 turbo berkembar di hadapan yang mampu…
Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…