Aston Martin Valkyrie terima sentuhan Rimac - hypercar hibrid 1,160 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Hasil kerjasama yang menarik antara Aston Martin bersama Red Bull Advanced Technologies, Cosworth, Rimac dan Integral Powertrain Ltd diterjemahkan kepada penghasilan hypercar hibrid dengan kuasa setinggi 1,160 kuasa kuda. 

Enjin hibrid 6.5 liter bentangan V12 yang dibina oleh Cosworth itu mempunyai had putaran enjin sehingga 11,000 rpm dengan kuasa tertinggi dicapai ketika enjin berputar 10,500 kali per minit. 
 


Rimac bertanggungjawab membangunkan sistem hibrid bersama-sama Integral Powertrain Ltd yang menyumbang 160 hp dan daya kilas 280 Nm kepada enjin berkuasa 1,000 kuasa kuda itu. 

Menurut Aston Martin, nadi V12 Valkyrie mengambil inspirasi daripada enjin Formula 1 circa 1990-an dan digandingkan dengan rekaan, pengetahuan dan kejuruteraan masa kini. 
 


Menariknya, enjin dan sistem transmisi berfungsi sebagai sebuah stress member pada Valkyrie - elemen struktur aktif casis untuk menghantar kuasa dan daya kilas - selain menjadi titik pelekap (mounting points) kepada sistem suspensi belakang. 

Selain daripada versi 'standard' Valkyrie, Aston Martin juga menawarkan versi tertinggi Valkyrie dengan pakej pilihan AMR Track Performance Pack, terdiri daripada panel badan yang dibangunkan khusus untuk kegunaan litar, brek titanium, rim magnesium, dan sistem suspensi boleh laras. 
 


Dengan pakej prestasi di atas, Valkyrie boleh mencatatkan kelajuan 8 peratus lebih pantas di dalam litar berbanding Valkyrie standard. 

Hanya 150 unit Valkyrie akan dibina oleh Aston Martin dan harga yang diminta pula bukanlah murah, sekitar $3.2 juta (RM13.04 juta) sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kerjasama baharu itu akan menyaksikan tiga model Aston Martin diperkenalkan ke dalam PUBG MOBILE,…
Berita Global
Tidak seperti model moden Aston Martin, Valour sememangnya membawakan pendekatan yang lebih retro,…
Berita Global
Dalam satu cubaan, Aston Martin Bulldog telah berjaya mencapai kelajuan tertinggi 307 km/j (191…