Aston Martin Valhalla 2022 - lima unit khusus untuk pasaran Malaysia, dua sudah ditempah!

oleh Mohamad Hanif|
Pada 15 Julai 2021, Aston Martin secara rasmi memperlihatkan versi produksi supercar Valhalla di mana ia mengekalkan konsep hibrid elektrik seperti yang terdapat pada model asal, dengan beberapa perubahan dibuat selari dengan perkembangan masa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi kuasa, Aston Martin Valhalla menampilkan enjin bentangan V8 jenis flat-plane crankshaft yang berupaya menghasilkan 750 PS, dibantu dengan dua motor elektrik, satu untuk setiap gandar dengan kuasa gandingan 201 hp.

 

Valhalla


Secara keseluruhan, Aston Martin Valhalla 2022 ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 950 PS dan daya kilas 1,000 Nm yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.5 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 330 km/j.

Untuk pasaran Malaysia, Aston Martin hanya membawakan lima unit sahaja di mana dua unit daripadanya sudah pun ditempah.
 

Valhalla


Harga anggaran bermula dari GBP 600,000 (RM3,527,470 mengikut kadar pertukaran matawang semasa) tidak termasuk cukai dan duti yang berkaitan.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian +603-2163 1196 atau emel kepada [email protected].

Baca: Aston Martin Valhalla 2022

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kini, versi produksi bagi supercar itu telah pun diperlihatkan secara rasmi di mana ia masih lagi…