Aston Martin V12 Speedster - 690 hp, 700 Nm, 88 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi model edisi terhad bakal diproduksikan oleh Aston Martin dengan konfigurasi kokpit tanpa bumbung dan membawakan nama V12 Speedster.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Aston Martin turut mendedahkan secara ringkas gambaran bagaimana V12 Speedster bakal mengambil bentuk sebelum ia diperkenalkan secara rasmi kelak. 

Untuk menambahkan lagi tahap eksklusiviti jentera ini, sebanyak 88 unit sahaja akan dibina oleh Aston Martin, namun penjualannya terbuka kepada penduduk dunia tanpa dihadkan kepada pasaran tertentu. 
 


V12 Speedster banyak mengambil inspirasi daripada jentera lama Aston Martin DBR1 1959 dan juga Aston Martin CC100 Speedster Concept yang diperlihatkan kepada umum pada tahun 2013. 

Dari segi kuasa, Aston Martin melengkapkan speedster ini dengan nadi bentangan V12 yang mampu menjana 690 kuasa kuda dan daya kilas sebesar 700 Nm dengan sistem transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Bagi memastikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan, Aston Martin turut menumpukan perhatian kepada bagaimana bunyi daripada nadi V12 ini bakal didengari dari kabin tanpa bumbung V12 Speedster ini.
 


Selain daripada itu, teknologi aviasi dikatakan akan diperlihatkan pada jentera ini namun tiada sebarang informasi lanjut didedahkan. 

Divisyen Q by Aston Martin akan bertanggungjawab sepenuhnya di dalam pembinaan V12 Speedster, di mana setiap satunya akan dipasang menggunakan tenaga tangan.

Harga jualan masih tidak diketahui, namun anda boleh menandakan tiga bulan pertama di dalam kalender 2021 anda untuk menentukan ketibaan jentera ini tiba di garaj.