Aston Martin UK tawar perkhidmatan baiki ambulans secara percuma!

oleh Mohamad Hanif|
Jika pengeluar lain tampil menghulurkan tangan serta kepakaran dalam menghasilkan komponen dan kelengkapan perubatan yang semakin berkurangan, Aston Martin pula mahu menawarkan bantuan dalam bentuk sokongan teknikal kepada petugas hospital yang merawat pesakit COVID-19 di UK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu hantaran di laman media sosial Twitter, Aston Martin Works (@AstonMartinWork) menerbitkan satu video yang memaparkan ucapan presidennya, Paul Spires yang komited mahu membantu tanpa sebarang bayaran.

Buat masa ini, pasukan sukarelawan Aston Martin turun padang ke Hospital National Health Service (NHS) bagi memastikan urusan pengendalian dan penghantaran pesakit COVID-19 tidak tergendala akibat kerosakan kenderaan.

Ketika ini di UK, terdapat kira-kira 22,141 kes pesakit COVID-19 dilaporkan dengan jumlah kematian kini mencecah 1,408 orang mengikut laporan BBC.

Dalam masa yang terdesak ini, bantuan daripada pihak seperti Aston Martin Works sememangnya dilihat mampu meringankan beban pihak hospital, terutama ketika menghadapi peningkatan jumlah pesakit yang semakin membimbangkan pada ketika ini.

Syabas Aston Martin!