Aston Martin Rapide E jentera pilihan Ejen 007

oleh Mohamad Hanif|

Watak fiksyen James Bond bakal menggantikan peranan Aston Martin DB10, sebuah kereta yang dibna berdasarkan platform Vantage dan dikuasakan oleh enjin 4.7 liter V8 pada filem Spectre sebelum ini dengan sebuah kereta serba hijau. 

Kereta Bond yang dimaksudkan ialah (wajib) Aston Martin Rapide E, kereta elektrik yang dibangunkan berdasarkan platform Rapide. 

Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar tabloid British, The Sun menyatakan pengarah filem terbaharu Cory Joji Fukunaga merupakan seorang pencinta alam sekitar. 

Penggambaran filem baharu Bond ini akan bermula April ini setelah beberapa siri penangguhan termasuklah penggantian pengarah baharu bagi menggantikan Danny Boyle sebelum ini. 
 


Watak utama Bond, Daniel Craig (007) akan mengekalkan peranan beliau di dalam filem baharu ini, manakala watak antagonis pula dikhabarkan bakal dipegang oleh Rami Malek - walaupun butiran masih belum diputuskan oleh pihak yang berkenaan.

Rami Malek baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang anugerah Oscar setelah menjayakan watak Freddie Mercurie dalam Bohemian Rhapsody. 

Aston Martin Rapide E mempunyai konfigurasi motor elektrik berkembar di bahagian gandar belakang, mampu menghamburkan 600 hp dan 950 Nm dengan pecutan sepantas 4 saat dari 0-100 km/j. 

Aston Martin setakat ini sudah pun mengesahkan produksi sebanyak 155 unit sahaja untuk Rapide E, dan penghantaran pertama pula dijadualkan pada akhir 2019.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Memetik daripada laman Twitter rasmi Fast and Furious 9, mereka telah mengumumkan penangguhan…
Berita Global
Cabarannya mudah sahaja, anda hanya perlu menonton kesemua sembilan buah filem di dalam francais…
Berita Global
Ford v Ferrari berjaya meraih kemenangan di dalam kategori Suntingan Bunyi Terbaik dan Suntingan…