i8 Vantage GT4 merupakan jentera lumba dibina khusus untuk digunakan dalam perlumbaan Thailand Super Series 2022, yang bersaing dalam Kelas GTC Production.
i8 Vantage GT4 ini dikuasakan dengan nadi V8 4.0 liter yang lebih besar bagi meningkatkan lagi kuasa untuk bersaing dengan jentera lumba lain dalam perlumbaan, ia juga menerima naik taraf suspensi bersama pakej aerodinamik yang lebih baik.
Dalam perlumbaan Thailand Super Series 2022 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Bangkok, jentera lumba Aston Martin ini dipandu oleh Adam Khalid yang berjaya mencapai kedudukan tempat ketiga dalam Kelas GTC Production.
Adam Khalid berkata, "Saya berterima kasih kepada Aston Martin Racing Asia dan penaja kami kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memandu i8 Vantage GT4 ke tahap maksima di Thailand Super Series 2022. Saya berasa sangat bangga dapat bekerjasama dengan pasukan yang hebat dan berpeluang membawa pengalaman ini ke Malaysia."
"Di sinilah tempat saya mula mengembara dengan sokongan ramai pemandu yang berpengalaman. Saya berharap dapat mencipta sejarah dengan i8 Vantage GT4 dalam perlumbaan seterusnya pada bulan Disember."

Selain acara menampilkan jentera lumba itu, rakan media dan pengunjung yang terpilih melalui cabutan bertuah diberikan peluang eksklusif untuk sertai pengalaman dipandu mengelilingi litar oleh Pengetua Pasukan Aston Martin Racing Asia, Weiron Tan, di dalam jentera lumba itu.
Weiron Tan berkata pada acara itu, "Ini adalah masa yang sangat menarik untuk Aston Martin Racing Asia. Kemunculan pertama i8 Vantage GT4 dalam Thailand Super Series, dengan kerjasama penaja sokongan, kami berasa teruja dapat berkongsi kegembiraan bersama seluruh rakyat Malaysia."
"i8 Vantage GT4 direka untuk mempamerkan ketelitian, kewibawaan dan keseronokan di litar lumba. Kami sangat gembira dapat menyampaikan emosi ini kepada para pengunjung di Sepang."
Penulis: Ahmad Danial Yasin