Aston Martin mencari "abang" untuk terus hidup

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pembuat kereta sport British dan juga pembekal kenderaan untuk karektor James Bond, Aston Martin tanpa segan mengaku ia perlukan seorang rakan kongsi yang besar untuk terus wujud sebagai sebuah syarikat kereta mewah berskala kecil.

Menurut CEO syarikat, Andy Palmer, walaupun Aston Martin mencatat keuntungan buat kali pertama selepas lapan tahun, syarikat boleh menggunakan dana yang dihasilkan dari penjualan saham awam (IPO) dan menjalinkan satu kerjasama dengan sebuah syarikat automotif yang lebih besar.

"Ini akan memastikan Aston Martin akan terus relevan dalam usaha kenderaan autonomi yang akan menelan belanja berbillion ringgit," ujar Palmer.

"Aston Martin mahu menghasilkan kenderaan eksklusif dan premium dalam jumlah 7,000 ke 14,000 unit setahun, tetapi ia akan hanya mampu hidup lama jika ada rakan kongsi," sambungnya.

Bloomberg melaporkan bahawa Mercedes- Benz sudah pun mempunyai saham sebanyak lima peratus di dalam Aston Martin dan kedua syarikat sudah memulakan usaha untuk menghasilkan kenderaan autonomi.

Tahun ini Aston Martin bakal melancarkan SUV mewah mereka dan juga sebuah kereta elektrik.

Selain dari itu, Aston bercadang untuk melancarkan tiga lagi model baharu, termasuk dua sedan mewah yang dipercayai akan menggunakan semula nama lama - Lagonda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…
Sukan Bermotor
Aston Martin Vantage GT3 ini merupakan produk yang pertama dibawah kerjasama antara Aston Martin…