Aston Martin melancarkan pakej kustom DBX - Intrepid Aura, dari RM958k

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pelancaran rasmi Aston Martin DBX beberapa bulan yang lalu, Aston Martin Kuala Lumpur memperkenalkan pakej kustom khas untuk SUV tersebut yang digelar sebagai Intrepid Aura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej kustom ini membawakan beberapa perubahan dari segi kosmetik, dimulakan dengan empat warna yang menarik iaitu Yellow Tang, Ceramic Blue, Stratus White dan Lime Essence.

 


Selain daripada itu, beberapa bahagian didatangkan dalam warna Gloss Black seperti rel bumbung, struktur luar tingkap, gril hadapan, pelindung cermin sisi, dan rim bersaiz 22 inci dalam warna Satin Black.

Sementara ruang belakang pula menampilkan lampu dengan efek asap diikuti dengan logo dan perkataan Aston Martin dalam warna Black Chrome.

 


Memasuki ruang kabin, pakej kustom itu diteruskan dengan pakej Dark Satin Chrome, logo Aston Martin Wings yang dijahit, headliner daripada Black Alcantara, venir kayu Piano Black, penggunaan kulit Metallic Black Caithness, karpet Obsidian Black, serta jahitan kontras yang bergantung kepada warna luaran (Electron Yellow, Blue, Chansellor Red atau Lime Green).

Aston Martin DBX dijana dengan nadi AMG V8 berkapasiti 4.0 liter dibantu dengan induksi paksaan turbo berkembar menghasilkan 542 kuasa kuda dan 700 Nm daya kilas, dibantu dengan transmisi automatik sembilan kelajuan.

 


Kuasa tersebut membolehkan Aston Martin DBX memecut sepantas 4.5 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 291 km/j.

Untuk pasaran Malaysia, Aston Martin DBX yang dipasang di kilang St. Athan dijual pada harga bermula dari RM818,000, manakala Aston Martin DBX dengan pakej Intrepid Aura itu tadi berharga sekitar RM 958,000.00, kedua-duanya tidak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai yang berkaitan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Berita Global
Memperkenalkan, Aston Martin DBX707 2023, di mana ia kini menjadi SUV mewah paling berkuasa di…