Aston Martin mahu kurangkan 500 pekerja

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan kerugian menghampiri angka £119 juta (RM568 juta) hanya dalam masa tiga bulan akibat COVID-19, pengeluar kenderaan mewah British Aston Martin dilaporkan akan mengurangkan jumlah pekerja selain menjalankan penstrukturan semula operasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu pengumuman terbaharu, Aston Martin juga turut dilaporkan akan berunding dengan kesatuan pekerja untuk mengurangkan kira-kira 500 orang pekerja daripada jumlah keseluruhan 2,600 orang.

Penstrukturan semula produksi barisan kenderaannya bakal menyaksikan pengurangan produksi kereta sports enjin hadapan bagi mengimbangi penawaran dan permintaan selain menjimatkan kira-kira £8 juta (RM38 juta) setiap tahun.

Manakala produksi SUV pertama Aston Martin - DBX - dilihat mempunyai permulaan yang cukup kuat di mana proses penghantaran akan tetap dilakukan bermula musim panas ini.

Selain daripada penjimatan kos sebanyak £10 juta (RM48 juta) yang diumumkan pada awal tahun lalu, Aston Martin juga masih berusaha untuk menggandakan angka tersebut dengan mengurangkan perbelanjaan tahunan, dan menghapus pengeluaran yang tidak kritikal seperti pemasaran dan juga perjalanan perniagaan.

Berita tersebut menyusul selepas bekas bos Mercedes-AMG, Tobias Moers diumumkan sebagai pengganti tempat Andy Palmer selaku CEO Aston Martin.

Sehingga kini, Aston Martin memproduksikan tiga buah model kereta sports enjin hadapan iaitu Vantage, DB11 dan DBS Superleggera.

Namun, berdasarkan fakta di mana mereka terpaksa mengurangkan produksi kereta sports tersebut bagi mengembalikan semula keuntungan mencadangkan terdapat lebihan bekalan jika dibandingkan dengan permintaan pelanggan terhadap model tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…
Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…