Aston Martin kena "main" dengan Detroit Electric?

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelabur-pelabur Aston Martin nampaknya terpaksa menggigit kuku apabila keuntungan tahunan sebanyak US$25.1 juta tidak menjadi kerana pelanggannya berdiamkan diri.

Menurut laman web Automotive News Europe, Aston Martin telah menerbitkan sebuah prospektus yang mempunyai perincian rekod kewangan syarikat tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penerbitan itu dilakukan sebelum tawaran awam permulaan (IPO) pada Oktober 2018 dan ia menunjukan Aston Martin mencapai keuntungan sebelum cukai sebanyak US$25.1 juta untuk enam bulan pertama 2018.

Keuntungan itu berdasarkan kontrak menjual hak cipta untuk model Vanquish generasi sebelum ini kepada sebuah syarikat automotif (pihak ketiga).

Perjanjian yang sudah dimeterai itu sepatutnya melihat Aston Martin dibayar secara ansuran sebanyak US$6 juta setiap enam bulan.

Namun begitu, bayaran pertama terus tertangguh walaupun selepas prospektus syarikat telah diterbitkan.

 

 

Selepas setahun kontrak ditanda-tangani, Aston Martin mula mengakui ia tidak akan menerima sejumlah wang tersebut dan bulan lalu, laporan kewangan syarikat British itu menunjukan kemungkinan hutang ragu (doubtful debt) sebanyak US$22.95 juta.

Nama syarikat ketiga itu tidak diketahui sehinggalah seorang penganalisa berkata pengurusan Aston Martin telah berkata ia adalah Detroit Electric, sebuah syarikat kereta sport elektrik yang berpengkalan di China.

Menurut Automotive News Europe, pihak Detroit Electric tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen. 

Insiden ini nampaknya menjadikan keadaan kewangan Aston Martin semakin genting. Sejak Oktober lalu, sahamnya turun sebanyak hampir 75 peratus.

Walaupun ia masih mampu menjual produknya di seluruh dunia, Aston Martin mempunyai jumlah hutang dan beban sewa sebanyak US$1.027 billion.

Careta tidak terkejut jika ia akan ditelan oleh satu lagi gergasi dari China yang dahagakan jenama bersejarah untuk digunakan sebagai strategi penjualan.

Selagi ada pengguna yang percaya kepada kekuatan lencana, selagi itu akan ada yang membeli walaupun produk itu tidak membawa apa-apa yang dijanjikan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…
Sukan Bermotor
Aston Martin Vantage GT3 ini merupakan produk yang pertama dibawah kerjasama antara Aston Martin…