Aston Martin hasilkan simulator perlumbaan - harga Civic Type R sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menghasilkan kereta sports mewah dan kereta rasmi James Bond, Aston Martin juga nampaknya berminat untuk meluaskan lagi pengaruh mereka untuk pasaran yang lebih niche, namun masih lagi berkisar sekitar dunia automotif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Memperkenalkan, simulator perlumbaan AMR-C01 dari Aston Martin.

Untuk sebuah rig perlumbaan yang cukup awesome ini, Aston Martin telah bekerjasama dengan syarikat Curv Racing Simulators dan menyifatkannya sebagai simulator perlumbaan bercirikan kemewahan sebenar.

 


Struktur utama rig ini diperbuat daripada casis monocoque gentian karbon sepenuhnya, dan posisi tempat duduk pula diinspirasikan daripada jentera hypercar Valkyrie.

Roda stereng pula menampilkan paparan LCD berwarna penuh, diikuti dengan paddle shifter daripada gentian karbon, sementara kotak pedal pula boleh dilaraskan secara elektronik mengikut ketinggian 'pemandu'.

 


Segala aksi pemanduan daripada permainan simulasi Assetto Corsa akan dipaparkan kepada skrin super lebar QHD dengan nisbah 32:9, manakala sistem bunyi pula adalah standard menggunakan pembesar suara dalaman atau headset daripada Sennheiser.

Aston Martin hanya menghasilkan 150 unit sahaja AMR-C01 dan harga jualan pula bermula dari £57,500 (RM306,427), atau sama harga dengan sebuah Honda Civic Type R untuk pasaran Malaysia.

 


Penghantaran hanya akan bermula pada suku keempat tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…
Sukan Bermotor
Aston Martin Vantage GT3 ini merupakan produk yang pertama dibawah kerjasama antara Aston Martin…